in

Sharifah Sakinah Terpaksa Gugurkan Anak?

Terpaska

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mana tak gembira kalau dikurniakan anak, ye tak? Tak ada ibu yang sayang pada anak sanggup gugurkan sendiri bayi dalam kandungan. Tapi atas sebab tertentu, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan yang dia terpaksa gugurkan kandungan keduanya.


Atas nasihat doktor, Sakinah diminta menggugurkan kandungan ketika anak pertamanya Anais Adha baru umur empat bulan, lapor Astro Awani. Sakinah mengaku yang dia sedih sangat bila kena buat perkara macam tu tapi nak tak nak dia terpaksa demi faktor keselamatan dan kesihatan.

Sa1
sumber: instagram

Doktor beri Sakinah tempoh seminggu untuk keluarkan bayi dalam kandungan. Jadi antara usaha yang Sakinah buat adalah dengan makan buah nenas.

“Ketika itu, memang tidak menjangka hamil anak kedua. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihati untuk buang, saya sedih.”

“Saya diberi tempoh seminggu dan saya makan nenas untuk keluarkannya.”

Nenas Bogor Manis
gambar hiasan

“Kalau bersalin secara pembedahan, paling gangster pun untuk hamil anak kedua adalah selepas enam bulan. Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lalu.”

Menurut Sakinah, dia time tu dah pun bersedia untuk timang cahaya mata yang kedua. Tapi mungkin belum rezeki untuk ada anak yang kedua, kandungan tu terpaksa dia lepaskan.

“Pada masa itu, saya okey saja untuk anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.”

Ika
sumber: instagram

Selepas kejadian tu, Sakinah memaklumkan yang mungkin sekarang dia pun sebenarnya belum bersedia lagi nak anak sebab terlampau sibuk dengan kerjaya. Jadi niat nak tambah anak lagi satu ni dia akan tunda ke tahun hadapan.

“Namun, untuk sekarang belum bersedia sebab saya sangat sibuk. Malah, masa bersama anak pun terhad. InsyaAllah kalau tahun depan semuanya okey dan kerja pun tak banyak, baru boleh fokus tambah anak lagi.”

Semoga Sakinah redha terima dugaan ni dan dimurahkan rezeki zuriat lagi di masa akan datang.

Baca: Sajat Berazam Nak Zuriat Tahun Depan

Banajsqs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.