in

Shah Rukh Khan Dedah Hampir Jadi ‘Mangsa’ Gangster, Tapi Dilepaskan Sebab Terlalu Baik

Shah Rukh Khan Gangster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tak kenal dengan nama Shah Rukh Khan (SRK) kan? Sejak dari awal penglibatannya pada tahun 1997 dalam industri filem Bollywood, beliau telah berlakon dalam lebih 100 buah filem dan antara filem ikoniknya termasuklah Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Khabie Gham dan My Name Is Khan.


Untuk pengetahuan semua, pada akhir 1990-an, terdapat banyak aktiviti gangsterisme di India, mereka ini ‘memegang’ semua industri termasuklah industri hiburan.

Semasa fasa tersebut, Rakesh Maria, yang merupakan pegawai kanan polis pada masa itu, menghubungi pengarah Mahesh Bhatt dengan penuh bimbang kerana mereka telah menerima berita bahawa Abu Salem “akan membunuh Shah Rukh Khan.”

Shah Rukh Khan Mom 1662890124507 1662890136338 1662890136338

Abu Salem adalah dalang di sebalik penembakan Gulshan Kumar dan dia terkenal kerana memeras ugut wang daripada penerbit filem dan menurut maklumat yang diterima polis, Abu Salem menyasarkan SRK kerana pelakon itu menolak tawaran filem yang dibuat oleh rakan penerbitnya.

Menurut Indian Express, di ketika itu SRK sedang menjalani penggambaran filem Dil To Pagal Hai dan disebabkan itu beliau terpaksa menolak tawaran filem kenalan gangster tersebut.

Ab67616D0000B273B96494Dc6Eaedc90919365Df

Abu Salem kemudian menelefon SRK secara peribadi selepas itu, dia terus mematahkan niatnya untuk membunuh pelakon ternama itu kerana SRK dikatakan mempunyai sifat yang baik.

“Orang memberitahu saya bahawa anda sangat bongkak tetapi anda seorang lelaki yang baik. Sekarang anda tidak memerlukan polis. Saya tidak akan membunuh awak.” kata Abu Salem.

Walaupun Abu Salem telah menyatakan sedemikian, pengawasan keselamatan pelakon itu masih ketat dan beliau dijaga dengan begitu rapi.

Inilah yang dikatakan, buat baik dibalas baik!

Baca: Percaya Atau Tak! Ini 4 Bintang Bollywood Yang Pernah Guna Khidmat Ibu Tumpang Untuk Dapat Anak

Page Hindustan

Sumber: Spotify

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.