in

Percaya Atau Tak! Ini 4 Bintang Bollywood Yang Pernah Guna Khidmat Ibu Tumpang Untuk Dapat Anak

Page Hindustan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, peminat filem Hindustan sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik berlesung pipit, Preity Zinta bersama suami iaitu Gene Goodenough sudahpun menimang cahaya mata kembar yang bernama Jai dan Gai Zinta Goodenough.


Menurut perkongsian Preity sebelum ini, dia dan suami menimang cahaya mata tersebut melalui proses ibu tumpangan yang mana merujuk kepada proses menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan kadar tentu.

Korang tahu tak sebenarnya selain dari Preity Zinta, ada lagi 4 bintang Bollywood yang turut menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mempunyai anak sendiri. Nak tahu siapa bintang-bintangnya? Jom kita tengok!

1. Aamir Khan

 

Aamir Khan

Pelakon yang dikenali menerusi filem 3 Idiots ini, telah membuka cerita secara publik yang dirinya dan juga bekas isteri iaitu Kiran Rao telah menggunakan khidmat ibu tumpang pada 2011 selepas sekian lama mencuba untuk memperolehi cahaya mata. Akhirnya, mereka berjaya menimang cahaya mata yang bernama Azad Rao Khan.

2. Shah Rukh Khan

Shah

Siapa je yang tak kenal dengan pelakon Kabhi Khushi Kabhi Gham ni kan? Rupanya, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri juga turut menggunakan kaedah ibu tumpang untuk memiliki anak bongsu lelaki mereka yang bernama AbRam pada 2013 selepas mempunyai dua cahaya mata sebelum itu iaitu Aryan Khan dan Suhana Khan.

3. Shilpa Shetty

Shetty

Aktres cantik yang kini berusia 46 tahun ini mula dikenali ramai selepas berjaya membawa watak dalam filem Rishtey. Shilpa Shetty bersepakat dengan suaminya untuk menggunakan khidmat ibu tumpang pada 2020 untuk memperoleh anak kedua mereka selepas menerima cahaya mata sulung iaitu Viaan. Sebab aktres ini menggunakan khidmat ibu tumpang adalah kerana dia pernah mengalami beberapa kali keguguran dan juga terdapat beberapa masalah kesihatan yang lain.

4. Sohail Khan

Sohail Khan

Untuk korang yang tak berapa mengenali siapa Sohail Khan, dia merupakan adik kepada aktor Bollywood iaitu Salman Khan. Sohail yang juga merupakan pelakon dan juga pengarah menggunakan ibu tumpang untuk menimang anak kedua bersama isterinya iaitu Seema Khan selepas 10 tahun kelahiran anak sulungnya, Yohan Khan pada 2011.

Bagi yang taktahu, kaedah ni sebenarnya telahpun popular di luar negara tapi ianya haram bagi umat Islam… Jadi, korang pastikan jangan sampai terlepas pandang okay?

Sumber: Media Hiburan

Baca: “The real Chori Chori Chupke Chupke” – Preity Zinta Umum Timang Cahaya Mata Kembar Melalui Ibu Tumpangan

Untitled 3 3

Sumber: Wanista

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.