in

“Setiap kali nak push, tolak sama belakang badan wife” – Tips Macam Mana Nak ‘Support’ Isteri Masa Tengah Bersalin

Isteribersalin4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ilmu elok dikongsi, bagi para suami yang bakal menimang cahaya mata, seeloknya pelajari tips dan nasihat berguna daripada @MILINAMILIN ni.


Kalau dia genggam tangan sekuat hati, biarkan. Pastikan cincin tak pakai, takut cincin pun boleh pecah.

Isteribersalin

Memandangkan dia dah ada pengalaman 2 kali dalam labour room, dia dah tahu serba sedikit bagaimana nak bagi support untuk memudahkan proses bersalin tu.

“Abg nak share pengalaman teman wife dalam labour room. Nasihat abg, masa isteri sedang tahan sakit contraction. Pasrah je lah apa dia buat. Kalau dia genggam tgn sekuat hati, biarkan. Tapi pastikan cincin tak pakai, takut cincin pun boleh pecah.”

 

Readykan fizikal, kuatkan mental.

Isteribersalin2

“Jangan risau, contraction datang kita boleh predict. Ada mesin dekat sebelah katil, kalau nampak bacaan makin naik hampir ke 99. Readykan fizikal, kuatkan mental. Nampak graf dekat paling bawah dalam gambar? Itu graf contraction/ minit. Paling tinggi = sedang contraction.”

Akui kaku masa pertama kali ke labour room, kali kedua dia dah tahu macam mana nak mengendalikan situasi sebegitu. Kata-kata semangat memainkan peranan penting, cara nak sampaikan mesej tu.

Pastikan jaga makan/minum wife.

Rezeki abg dapat temankan 2 kali wife dlm labour room, nasihat abg.. Pastikan jaga makan/ minum wife. Tenaga guna byk dlm proses kelahiran. Rasakan pengalaman dlm labour room, readykan siap siap kata semangat utk wife & relakan badan utk di lepaskan rasa sakit isteri.

Masa kali pertama tak tahu apa-apa dia gunakan teknik komunikasi dengan cara tukar mesej arahan kepada kata-kata semangat. Tapi kali kedua lebih kearah memberikan support secara fizikal

“Masa anak pertama abg bisikkan kata semangat dkt wife, “Sayang, Sayang kena tolong Mieshal (maksudnya push kuat lagi) utk Mieshal tolong diri dia keluar.” Abg ingatkan sweet habis dah cakap mcm tu, lps tu wife abg cakap dia rasa nak smackdown abg masa abg ckp mcm tu. Kuikui.”

“Masuk anak ke dua, abg lebih berpengalaman ecewah. Setiap kali wife nak push, abg tolak sama sama belakang bdn wife. Apa yang penting? Kerjaaasama . Dlm labour room, abg pn penat. X ada masa rehat walau sesaat. Abg dah mcm part time nurse + guru kaunseling utk wife.”

 

Sebagai suami mcm shield untuk hilangkan rasa takut & kurangkan rasa sakit isteri

Isteribersalin3

“Pertama kali masuk, abg pn seriau tgk semua ni. Tp make sure hati & badan focus ke isteri. Dia yg nak bertarung, kita sbg suami mcm shield utk hilangkan rasa takut & kurangkan rasa sakit isteri. Anak pertama abg sempat berlawak dengan isteri, laju anak keluar.”

“Bila selesai semua. Wife pn dah masuk bilik berehat. Boleh dah check tgn sendiri. Anak pertama abg, bercalar jugak sikit lengan abg. Anak kedua, tgn rasa sakit sbb wife genggam kuat. Apa apa pun, hargailah pengorbanan isteri. Dia pembawa zuriat & keturunan kita. Thanks Sayang!”

Mungkin penat kerana mahu fokus beri sokongan kepada isteri, tapi apalah sangat penat tu kalau nak dibanding dengan isteri yang tengah ‘berjuang’ tu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para suami yang bakal menjadi ayah dan kaum adam pada masa akan datang.

 

Baca : Sedih Tengok Isteri Tahan Sakit Nak Beranak, Suami ‘Sweet’ Sanggup Menari Dalam Bilik Bersalin!

Bersalin

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.