Sedih Tengok Isteri Tahan Sakit Nak Beranak, Suami ‘Sweet’ Sanggup Menari Dalam Bilik Bersalin!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sedih Tengok Isteri Tahan Sakit Nak Beranak, Suami ‘Sweet’ Sanggup Menari Dalam Bilik Bersalin!

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Mana-mana isteri yang tengah sakit nak melahirkan anak mesti nak suami ada di sisi untuk beri semangat dan kekuatan dalam dewan bersalin kan?

Tapi seorang lelaki dari Hainan, China ni buat ‘something extra’ kepada isterinya yang mana admin rasa korang boleh label dia sebagai ‘Encik Suami Paling Sweet’ Of The Year!  

 

“Sayang, meh saya menari untuk awak!”

Menurut WORLD OF BUZZ, pada 27 Jun lepas seorang wanita telah dibawa ke hospital untuk melahirkan anak dan Wang, seperti suami-suami berani yang lain telah menemani isterinya di dewan bersalin.

Sumber: WOB

Disebabkan isteri Wang ni first time lahirkan anak pada usia yang agak lanjut (35 tahun), dia berasa sangat takut dan kelihatan berpeluh-peluh menahan sakit yang teramat. Melihatkan keadaan isterinya yang sedang sakit, Wang jadi sedih dan dia minta doktor beri isterinya suntikan epidural untuk kurang rasa perit tersebut.

Dalam pada tu, Wang yang juga seorang guru tarian dapat idea best untuk gembirakan isterinya yang tengah tahan sakit tu. 

Sayang, meh saya menari untuk awak! Saya yakin awak takkan sakit lagi lepas tengok saya menari!” 

 

Menari tarian tradisional Cina depan katil bersalin 

Tanpa rasa segan silu, Wang pun mula tunjuk skill tarian tradisionalnya di hadapan katil bersalin isteri. Wah! 

Sumber: WOB

Untunglah isteri Wang terhibur dan ketawa gembira melihat persembahan mini suaminya itu. Staf hospital yang teruja melihat persembahan si suami tu juga sempat merakam kejadian tersebut dalam diam.

Sumber: WOB

Apa-apapun syukurlah isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari tersebut. Rata-rata netizen yang melihat ‘persembahan istimewa’ Wang itu memuji tindakan sweetnya dalam menggembirakan hati si isteri.

“Dia memang suami yang sweet, dan juga bakal jadi ayah yang sweet!” 

“Sakit bersalin tu memang teruk, sweetnya dia sanggup buat macam tu.” 

Tahniah kepada ibu bapa muda ini. Kongsikan perkara sweet yang husband korang pernah buat masa korang nak lahirkan baby kat ruang komen ye!

Baca: Sweetnya! Lelaki Ini Beri Hantaran Naskhah Al-Quran Ditulis Sendiri Untuk Isteri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!