“Setiap Jumaat makcik ni tolak pakcik pi masjid” – Gadis Sebak Lihat Pasangan Tua Jalan Kaki, Isteri Tolak Suami Berkerusi Roda Sendirian

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau kita rasa hidup kita ini dah cukup susah, jangan tak tahu rupanya ada lagi kehidupan orang yang lebih susah daripada kita.

Sebab itulah kita sentiasa dituntut untuk bersyukur dengan apa yang kita ada atas dunia ni. Macam contoh kisah yang viral di Twitter ini, mengenai sepasang suami isteri warga emas yang sering ke mana-mana dengan berjalan kaki dan menggunakan kerusi roda. 

 

“Doakan tok & tokwan ni selamat sampai rumah. Depa jalan kaki… jauh weh” 

Menerusi video yang dikongsikan Liyana Husna, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia ini kelihatan sedang melintas jalan menuju ke destinasi yang tidak diketahui. 

Lebih menyedihkan apabila kita dapat lihat isterinya gigih menolak kerusi roda suaminya tanpa rasa penat. Jauh katanya mereka ni berjalan iaitu dari Pekan Pendang hingga ke Taman Sri Pendang.

 

“Waktu tu saya tengah makan tengah hari. Bila tengok depa berdua… saya pun berhenti makan” 

Liyana yang kemudian menceritakan hal ini kepada mStar memberitahu bahawa ketika perkara tu berlaku, dia sedang makan tengah hari di sebuah restoran.

Apabila terlihat pasangan tua ini berjalan, dia tak semena-mena berhenti makan dan mengejar pasangan tersebut.

“Waktu tu saya tengah makan tengah hari. Bila tengok depa berdua, saya terus kesian. Saya pun berhenti makan, bayar lepas tu terus kejar tok dengan tokwan tu. 

“Tok terkejut bila saya tegur dia. Lepas tu saya terus tanya dari mana nak ke mana. Depa pun cakap baru balik dari bank ambil duit pencen lepas tu nak balik rumah. 

“Kami sembang sekejap dan sebelum depa balik saya sempat cium, salam dan peluk tok tu. Tok tu kata tak payahlah sebab busuk. Tapi saya tetap peluk juga,” katanya.

Liyana Husna | Sumber: mStar

 

“Satu Pendang ni offer nak tolong depa ni. Dah bertahun-tahun, depa ni tak mau terima bantuan” 

Walau bagaimanapun, netizen yang membaca posting Liyana ni rupanya ada yang mengenali pasangan suami isteri tersebut.

Menurut mereka, penduduk di Pendang memang nak sangat tolong pasangan ni. Tapi mereka yang tak mahu terima bantuan. Malah pasangan ni pun memang suka berjalan berdua sebab katanya suka bermanja bersama. Alahai sweetnya! 

Sumber: Twitter

Apa-apapun marilah kita doakan yang terbaik buat pasangan berdua ni. Kalau sesiapa ternampak, cubalah bertanya khabar dan hulurkan bantuan kalau mereka mahu. 

Baca: “Suami uzur kanser usus, anak pula OKU” – Kisah Sedih Kegigihan Pemandu Grab Wanita Warga Emas Ini Buat Netizen Terkedu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!