in

Setelah 4 bulan berjauhan, Azizulhasni Selamat Pulang Ke Pangkuan Keluarga Di Australia

Ft Azizul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Temasya Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirai, jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang telah pulang ke tanah air untuk menjenguk keluarganya yang berada di Terengganu.


Namun selepas 16 minggu berada di sana, beliau telah membuat keputusan untuk pulang ke Australia bagi menghabiskan masa dengan isteri dan anak-anaknya.

Metro E1632466582181

Berita gembira ini telah dikongsi oleh isteri beliau sendiri iaitu Datin Athiah Ilyana Abd Samat di akaun IG story miliknya. Kelihatan wira negara itu sudah tiba di lapangan terbang Melburne, semalam.

Instagram

Datuk Azizulhasni juga telah berkongsi gambar di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan dia berada di dalam pesawat. Dalam postingnya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan tanpa henti.

Tak sabar rasanya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami untuk membantu proses kehamilan isteri saya dan juga tanggungjawab saya sebagai professional baby sitter (seperti yang korang jawab dalam kuiz tempoh hari tu?) serta kembali kepada rutin asal saya sebagai pembalap sepeda.

Untuk pengetahuan korang, Datuk Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai ‘The Pocket Roketman’ telah menyumbang pingat perak dalam acara Keirin pada Temasya Olimpik Tokyo 2020 yang lalu.

Tapi apa yang paling epik, semasa beliau sedang membuat persiapan untuk acara itu, dia telah ‘dihadiahkan’ dengan khabar gembira bahawa isterinya sedang mengandung anak ketiga mereka.

Sebelum ini, beliau telah meluahkan rasa rindu pada keluarganya yang berada di Melburne, Australia.

Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja dan urusan beliau dipermudahkan.

Baca: Polis Dedah Kad Pelarian Saja Dalam Proses Dapat Kebenaran Pindah Australia Dengan Bantuan Unhcr

Sajat 4 E1632472628166

Sumber: Harian Metro
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.