in

Polis Dedah Kad Pelarian Sajat, Dalam Proses Dapat Kebenaran Pindah Australia Dengan Bantuan UNHCR

Polis Dedah Kad Unhcr Sajat

Polis Bukit Aman hari ini mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Dia yang ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand beberapa hari lepas dilaporkan telah mendapat kad pelarian bernombor 815-21C00071 yang dikeluarkan oleh UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.

Unhcr Sajat

Menurut Harian Metro, Sajat kini sedang dibantu negara tertentu dan pertubuhan antarabangsa termasuk UNHCR di Bangkok dan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak Imigresen sudah pun membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Sajat di mana selepas itu dia telah memohon kad UNHCR di Bangkok.

Dalam proses permohonan itu akhirnya beliau mendapat status pelarian terbabit.”

Beliau (Nur Sajat) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya berpindah ke negara terbabit.”

Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama.”

Sajat The Lofts

Abd Jalil turut berkata kes Nur Sajat ini kecil saja membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu beliau dinasihatkan pulang.

Dia turut menasihatkan keluarga Sajat untuk membantu menasihatinya pulang ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.

Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.”

Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak.”

Terdahulu, proses pengeluaran kad pelarian Nur Sajat menimbulkan kontroversi dan hangat diperkatakan kerana dia dikatakan berjaya dapat dalam masa yang singkat berbanding pelarian lain.

Baca: “Dia lari kerana diburu JAIS” – Siti Kasim Nafi Sajat Lari Daripada Hutang

Collage 46

Sumber: Utusan