in

“Memang lah Islam tu mudah, tapi ini dah melampau” – Solat Tarawih Secara Online Tak Sah : Menteri Hal Ehwal Agama

Feature 3 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, acara akad nikah secara online dibenarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Namun, ianya hanya dibenarkan jika keadaan benar-benar mendesak berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang akan berlanjutan sehingga awal Ramadan.


Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mahukan kebenaran untuk solat tarawih secara online sepanjang bulan Ramadan. Kot ye pun guna teknologi, takkan solat pun nak online. Agak-agak lah. 

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, solat tarawih secara online adalah tidak sah, lapor Berita Harian.

Mufti

Ini kerana syarat sah solat berjemaah ialah jemaah perlu nampak pergerakan yang dilakukan imam solat selain perlu ada fizikal.

Solat 5

Pergerakan imam mungkin tidak dapat dilihat dengan jelas jika dilakukan secara dalam talian. Selain itu, gangguan internet connection juga boleh menyusahkan jemaah dan imam. Dah la kat Malaysia ni line internet macam siput. Kejap laju, kejap lambat. 

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Dr Zulkifli itu kerana bukan semua perkara berkaitan agama dan ibadat boleh dilakukan dalam talian.

Solat 1

Solat berjemaah dengan keluarga pun dapat pahala jugak. Tak semestinya kena solat tarawih berjemaah di masjid baru dapat pahala. Boleh jugak rapatkan hubungan kekeluargaan kan. 

 

Baca: Panduan Solat Tarawih Di Rumah Sepanjang PKP Seperti Yang Disarankan JAKIM

Solat

Sumber: mStar
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.