in

“Seriously kaki dia rangup” – Lelaki Tak Perasan Ada Lipas Dalam Aiskrim, Patutlah Rasa ‘Crunchy’ Masa Gigit

Ft Lipas Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada antara korang yang takutkan lipas? Bila dengar sahaja nama lipas, sudah pasti terasa geli-geleman dan naik segala bulu roma di badan. Serangga berwarna hitam keperang-perangan itu walaupun bertubuh kecil, namun sememangnya kadang-kadang mendatangkan ‘bala’ terutama bila ia sudah mula membuka sayap untuk terbang.


Lipas kalau dah terbang, bukan nama lipas lagi… 

Bukan sahaja golongan gadis sahaja yang takut tau, malah tak terkecuali ada juga golongan lelaki yang ‘kecut perut’ dengan serangga perosak ini. Baru nampak ia bergerak atas lantai, dah menggelupur panjat kerusi!

Baru nampak sudah menggelikan, cuba bayangkan pula sekiranya korang sedang santai menikmati ais kegemaran, tiba-tiba tidak perasan pula kewujudan lipas itu sampai terkunyah pula masuk ke dalam mulut.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaannya sama seperti perkongsian yang dimuat naik oleh lelaki ini menerusi sebuah group Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official yang berjaya meraih perhatian netizen.

Apa yang menggelikan anak tekak, lelaki itu dikatakan sedang enak menikmati aiskrim. Namun, dia tidak perasan terdapat seekor lipas yang ‘membeku’ bersama aiskrim.

Lipas 1

Lipas 2

 

Natijahnya, lelaki berkenaan terkunyah sekali kaki lipas itu di dalam mulutnya! Whatt???

Apa yang lebih melucukan, reaksi lelaki itu kelihatan chill sahaja setelah itu siap mengakui pula kaki lipas yang dikunyahnya itu terasa crunchy.

Aiyakk, crunchy? 

Agak-agak boleh icu tak sebab dah makan? Seriously kaki dia rangup. 

Lipas 3

Lipas 4

Perkongsian yang dimuat naik pada 28 Disember 2020 itu sehingga kini berjaya meraih lebih 18 ribu likes dan 2 ribu shares. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa loya dan geli dengan kejadian tersebut. Namun, tidak kurang juga ada yang turut berjenaka dan turut berkongsikan pengalaman masing-masing.

Komen Lipas 1

Komen Lipas 2

Aduh, kalau min la yang kena ni, habis satu tiub Colgate tu buat gosok gigi sampai bersih. 

Baca: Wanita Bengang Dihidangkan Telur Dadar Lipas! Bila Tanya, Waiter Hanya GELAK Baca Lipas

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.