in

“Sering tersenarai sebagai artis berpakaian buruk” – Kelab Peminat Song Ji Hyo ‘Buka Mulut’, Senarai 4 Tuntutan

Ji Hyo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertengahan bulan lalu, pelakon wanita yang popular dalam kalangan peminat drama Korea dan mula mendapat perhatian ramai menerusi rancangan Running Man, Song Ji Hyo telah memuat naik gambarnya dengan gaya rambut yang pendek dan sekaligus menjadi perbualan hangat ramai.


Gaya terbaharu ini juga sempat mendapat perhatian rakan artis yang terlibat dalam Running Man dan salah seorang ahli yang terkenal dengan perangai yang suka ‘mengusik’, Haha turut memuji gaya potongan rambut tersebut.

Walaupun gaya Ji Hyo ini mendapat reaksi positif para peminatnya, namun kelab peminat rasminya baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang kelihatan marah dan mendesak agar stylist kepada pelakon wanita berusia 40 tahun tersebut dipecat serta merta.

Screenshot 1

Kemarahan ini memuncak selepas penampilan Song Ji Hyo dalam episod terbaru Running Man  yang mana ramai berpendapat gaya beliau mengenakan topi sangat sesuai dengan rambutnya tetapi ia kelihatan seperti ‘tak terurus’.

Difahamkan, kenyataan rasmi fandom beliau mengatakan bahawa mereka sangat bimbang dengan penampilan yang ‘tidak profesional’ yang ditonjolkan pelakon berkenaan, daripada solekan, dandanan rambut sehinggalah pemilihan pakaian semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami mendesak agar seluruh pasukan jurugaya (dandanan, pakaian, solekan) diganti”

Screenshot 3

Menerusi kenyataan rasmi tersebut, difahamkan bahawa kelab peminat ini sengaja tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan rasmi kerana tahu tentang hubungan rapat antara pelakon berkenaan dengan pasukan jurugayanya.

Dalam masa yang sama, mereka tetap menyokong segala keputusan dan sokongan kepada pelakon berkenaan tanpa sebarang ‘bunyi’ dengan harapan pasukan jurugaya ini bertambah baik selepas pelakon ini bertukar agensi.

Comment Sjh

Malangnya, tahun lepas Song Ji Hyo dikhabarkan telah menjadi buah mulut pihak media disana kerana gayanya yang kurang menarik selain sering disenaraikan sebagai selebriti wanita yang berpakaian paling buruk pada kebanyakan kaji selidik yang dilakukan secara online oleh laman web hiburan disana.

Dalam masa yang sama, kelab peminat Ji Hyo turut menyatakan 4 tuntutan dan perubahan tertentu perlu dillakukan bagi meningkatkan semula reputasinya sebagai seorang pelakon yang berbakat.

Antaranya :

  1. Dapatkan pasukan jurugaya yang lebih berpengalaman dan berkebolehan.
  2. Jangan lakukan ‘eksperimen’ terhadap Ji Hyo lebih-lebih lagi pakaian yang tak sesuai dengan tempat, masa dan majlis.
  3. Sediakan pakaian yang sesuai dengan trend semasa.
  4. Gunakan padanan aksesori dan pakaian yang bersesuaian (sesuai dengan pelakon tersebut, trendy).

Fuh, sampai macam tu sekali eh? Tapi betul jugak, kadang-kadang pakaian dia tak kena langsung dengan tema. Tengok dekat Running Man je sudah. 

Baca : Betulkan Rambut Ji Hyo Dalam RunningMan, Ramai Peminat Mahu ‘Spartace’ Bersama?

Cover 23 E1636247920954

Sumber: SBS
Sumber: SBS
Sumber: Koreaboo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.