in ,

Seram! Saintis China Jumpa’ Virus Baru’ Dalam Badan Khinzir, Boleh Jangkit Manusia

Belum habis lagi pandemik COVID-19, saintis dari China dilaporkan telah temui satu virus baharu yang berpotensi menjangkiti manusia dan boleh menyebabkan wabak lain, lapor Independant.

Virus terbaru itu digelar sebagai ‘G4 EA H1N1’ sebab kesan dia sama seperti orang yang mengidap H1N1.

Difahamkan, saintis mengesan virus itu melalui analisis daripada 30,000 sampel swab yang diambil dari hidung khinzir di rumah penyembelihan di China.

Gambaran saintis, virus G4 ini seperti gabungan antara H1N1 dan virus lain. Paling menyeramkan, virus ini boleh menyebabkan penyebaran dari manusia ke manusia.

 

Sudah Menjangkiti Manusia

Menerusi BBC, virus baru dari China ini seakan sama dengan H1N1 namun mempunyai sedikit kelainan.

Salah seorang saintis China, Prof Kin Chow Chang, beranggapan virus G4 ini masih tidak menimbulkan ancaman besar, tetapi mereka harus peka dengan perkembangan virus tersebut.

Buat masa sekarang kita terganggu dengan wabak koronavirus, tapi kami tak boleh terlepas pandang dengan virus baharu ini” – Prof Kin Chow Chang

Mereka mula mengesan virus ini selepas menerima pesakit yang bekerja di kedai makan dan bekerja sebagai pengusaha daging khinzir di China.

Pada waktu ini, pihak hospital hanya menggunakan vaksin H1N1 sahaja dalam merawat pesakit berkenaan.

Untuk melihat video penjelasan prof ini, boleh klik sini.

Min harap virus ini tak akan serius macam COVID-19 ini. Sama-sama kita doa supaya Malaysia di lindungi dari ancaman wabak ok.

 

Baca: “Kalau camni sampai bila virus nak hilang?” – 18 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19 Lepas Buat ‘Surprise Birthday Party’

Sumber: BBC
Sumber: Google