Satu benda yang kita belajar sejak kewujudan wabak Covid-19 ni adalah ia boleh berlaku kepada sesiapa saja kalau kita tak jaga kebersihan diri dan penjarakan sosial.
Macam satu keluarga di Texas, US di mana sejumlah 18 orang dalam keluarganya telah dijangkiti Covid-19 akibat dari menghadiri majlis kejutan hari jadi bersama keluarga pada 30 Mei lalu, lapor Pennlive.
Jangkitan ini bermula bila salah seorang dari ahli keluarga ini tak sedar yang dia dah dijangkiti Covid-19 dari tempat kerjanya dan masa menghadiri birthday party tu, dia batuk-batuk.
Akibat dari itu, lelaki tersebut telah menjangkiti tujuh ahli keluarga di situ dan seterusnya tujuh orang ini beri virus tersebut kepada 10 ahli keluarga yang lain.
Sekarang ini, Ron Barbosa sedang menjejaki kontak rapat kesemua 18 ahli keluarganya. Tiga daripada ahli keluarganya ini kini di hospital termasuk ibu bapanya yang sudah tua dan kakaknya yang kini menderita barah payudara.
Walaupun kakaknya dah semakin pulih, keadaan ibu bapanya lebih serius. Ibu Ron kini masih dirawat di hospital dan bapanya dalam ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.
Menurut Ron, dia tak menghadiri majlis hari jadi tersebut tapi ia merupakan majlis hari jadi menantunya yang ke-30. Katanya dia dan isterinya tak hadir kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka.
Parti tu tak lama pun, hanya dua jam tapi dalam masa yang singkat je beberapa ahli keluarga dijangkiti Covid.”
Tambah Ron, walaupun semua ahli keluarga yang menghadiri majlis tersebut cuba sedaya upaya untuk jaga jarak, tetap tak cukup.
Apa-apa pun Ron memberitahu yang kebanyakan ahli keluarganya yang lain kini semakin sembuh.
Baca: Degil! Wanita Anjur Birthday Party Anak Masa Kuarantin, Akibatnya 17 Tetamu Dijangkiti Covid-19