Semakin hari semakin banyak kisah pembunuhan yang ngeri kita dengar saban hari. Terbaru yang berlaku di Shah Alam ini melibatkan seorang wanita berbangsa Cina, Tan Siew Mee, 52, yang ditemui di dalam longkang.
Menurut Berita Harian, mayat Siew Mee telah disumbat dalam sebuah beg pakaian dan dibuang dekat sebuah parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, Shah Alam pada awal pagi Isnin lepas.
13 kesan tikaman di dada, perut dan kelar pada leher
Menurut siasatan polis, wanita terbabit berasal dari Pokok Sena, Kedah dan bekerja di sebuah restoran di Subang Jaya.
Apa yang sangat mengerikan ialah hasil bedah siasat mendapati wanita itu mati kerana kecederaan daripada 13 kesan tikaman di abdomen selain mempunyai kesan kelar di lehernya. Mangsa dipercayai dicederakan menggunakan senjata tajam.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1166948348487593984
Polis buru suami mangsa tapi… suami mangsa pula ditemui mati!
Tak dijangka kes ini akan menemui satu plot twist yang tak disangka-sangka!
Susulan daripada penemuan mayat mangsa, polis kemudian membuat siasatan dan mendapat tahu bahawa Siew Mee mempunyai seorang suami berusia 79 tahun iaitu Lim Ah Kee @ Lim Kok Hoe yang berasal dari Pulau Pinang.
Pun begitu, suami mangsa tidak dapat dihubungi dan tidak juga datang membuat pengecaman atau menuntut mayat mangsa.
Selepas empat hari mayat Siew Mee ditemui, polis dikejutkan dengan penemuan mayat Lim Ah Kee, 79, yang juga disumbatkan ke dalam beg pakaian dan dicampak ke longkang berhampiran Stesen LRT Alam Megah jam 5 petang semalam. Aduhai…
Malah jarak antara kedua-dua bagasi berisi mangsa itu juga hanya 3 km!
2 suspek ditahan, tunjuk lokasi mayat mangsa dicampak
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, dua orang suspek warga asing telah ditahan di Kota Kemuning, Shah Alam semalam sebelum dibawa menunjukkan lokasi mayat Kim yang dicampak mereka.
Menerusi soal siasat, suspek juga didapati telah membuang senjata yang digunakan untuk membunuh pasangan terbabit di lokasi berasingan. Kedua-dua suspek juga akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk perintah reman.
Dalam pada itu, menurut sumber, kedua-dua suspek merupakan penyewa rumah pasangan suami isteri tersebut. Pasangan terbabit katanya telah meminta duit sewa kepada suspek berkali-kali, namun mereka enggan membayarnya.
Kedua-dua suspek juga difahamkan tinggal bersama mangsa di dalam kondominium di Subang Jaya. Pasangan terbabit hidup dalam keadaan susah sehingga terpaksa sewa rumah mereka kepada warga asing. Alahai kesiannya…
Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Semoga suspek mendapat hukuman sewajarnya.