in

“Senang-senang je dapat IC Malaysia” – Hanya Bayar RM 300, Warga Asing Sudah Jadi ‘Warganegara’

Kad Pengenalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kadar bayaran dari RM 200 hingga RM 300, lapan warganegara Indonesia memperoleh kad pengenalan palsu dan menggunakannya untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini, lapor Harian Metro.


Icc

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, tindakan itu dikesan selepas mereka cuba untuk memohon pekerjaan di sebuah kilang di Meru.

Polis 1

Masing-masing memperoleh kad pengenalan palsu itu daripada individu yang berlainan yang didakwa tidak dikenali sejak setahun lalu.

Menurut laporan, seorang lelaki telah membawa lapan individu berkenaan iaitu lima orang lelaki dan tiga orang perempuan untuk sesi temuduga, namun seorang daripada mereka kelihatan cemas selepas polis bantuan memeriksa kad pengenalannya.

Ic1

“Ia menimbulkan curiga sebelum polis bantuan itu memeriksa semua kad pengenalan milik suspek dan mengesyakinya palsu.”

 

Dalam pada itu, suspek mengaku yang mereka memperoleh kad pengenalan palsu daripada individu yang tidak dikenali selepas mereka dibawa ke Balai Polis Meru untuk siasatan lanjut.

Setakat ini 11 individu sudah ditahan susulan kes itu termasuk ejen pekerjaan dan mereka ditahan reman selama empat hari.

Baca : Pegawai Kerajaan Berpangkat Tinggi Dalang Penjualan Mykad Kepada Warga Asing, Babit Nilai Hampir Setengah Juta?

Ic

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.