in

Pegawai Kerajaan Berpangkat Tinggi Dalang Penjualan MyKad Kepada Warga Asing, Babit Nilai Hampir Setengah Juta?

Featured 16

Cannot brain!

Sebelum ini setiap kali menjelang pilihan raya pasti ada sahaja kisah babitkan penjualan kad pengenalan kepada warga asing, bagaimanapun ramai menganggap isu tersebut sebagai ‘mainan politik’.

Namun rupanya ia sebenarnya berlaku guys!

 

Pegawai kerajaan berpangkat tinggi antara ditahan sebab jual MyKad pada warga asing

Difahamkan beberapa individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi baru-baru ini ditahan polis selepas kegiatan mereka menjual MyKad kepada seorang warga China di Pulau Pinang terbongkar.

Dclbgypu0Ainfhb
Gambar hiasan

Lebih mengejutkan mereka yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ini merupakan kakitangan dan pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang termasuk di Putrajaya, lapor Harian Metro.

Difahamkan semuanya terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang membuat laporan tentang seorang wanita warga China yang memiliki MyKad sah yang mahu membuat pasport Malaysia.

Wanita yang berusia antara 25-30 tahun itu datang ke JIM negeri bagi urusan membuat pasport Malaysia sebelum menunjukkan MyKad sah miliknya.

 

Bila tanya soalan, wanita itu hanya tersenyum sahaja

“Namun status kewarganegaraan wanita itu diragui selepas timbul masalah komunikasi antara dirinya dan pegawai bertugas.

“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan,”

JIM negeri kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara itu.

23559439 1954679061458020 4412617337423706629 N
Sumber: facebook

Ia kemudiannya membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam penjualan MyKad membabitkan nilai RM350,000.

Operasi sulit yang dilakukan PDRM itu juga difahamkan akan menahan beberapa lagi individu termasuk membongkarkan perihal sindiket berkenaan.

Hasil siasatan mendapati sehingga hari ini kumpulan tersebut dah jual lebih 6 keping MyKad selain penemuan sejumlah wang tunai bersama beberapa individu tersebut.

 

Baca : Konstabel Polis Jadi Dalang Sindiket Pelacuran, Iklankan Gadis Malaysia Untuk Tarik Pelanggan

Sindiket