in

Semua Tadika, Taska & Pusat Penjagaan Harian Kini DIBENARKAN Beroperasi – Ismail Sabri

Pjimage 2020 06 02T144443.386 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebanyakan perindustrian dan syarikat dibenarkan untuk beroperasi, ramai ibu bapa pening kepala sebab tak tahu mana nak letak anak bila dorang perlu pergi bekerja. Hinggakan ada yang terpaksa ambil cuti tanpa gaji sebab nak jaga anak di rumah.


Untuk selesaikan masalah ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan yang kesemua tadika, taska dan pusat penjagaan dibenarkan untuk beroperasi serta-merta.

Unnamed 10

Dalam sidang media sebentar tadi, DS Ismail Sabri mengatakan yang sebelum ini hanya 3,000 penubuhan sahaja dibenarkan beroperasi kini kesemua taska dah dibenarkan beroperasi dan SOP untuk tadika, taska dan pusat penjagaan akan dikeluarkan.

Sebelum ini, Kementerian Perkembangan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengeluarkan SOP mengatakan, anak-anak frontliners yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan tak dibenarkan untuk dihantar ke taska atau pusat penjagaan dan ia telah mendapat kecaman dari rakyat Malaysia. Namun setakat ini, masih belum pasti sama ada SOP tersebut akan diubah atau pun tidak.

 

Baca: TERKINI : Kerajaan Benarkan Rentas Negeri Untuk Bernikah

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.