in

“Semua okey. Tiada apa nak cakap” – PA Neelofa & Pengasas Reka Teemor Beri Keterangan di IPD Dang Wangi

Langgar Sop Neelofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan tular gambar yang menunjukkan majlis pernikahan pengacara dan pelakon terkenal, Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail telah melanggar SOP COVID 19 pada Sabtu lepas, pihak polis telah memanggil pihak yang bertanggungjawab untuk memberi keterangan.


Neelofa Sop Ingkar

Menurut Berita Harian, pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz telah tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Turut hadir bersama, pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan peguam mewakili selebriti tersebut.

41617084942 Paneelofa

Setelah hampir dua jam, pasangan suami isteri pengasas Reka Teemor dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pukul 1.40 petang dan sempat memberi komen ringkas kepada media.

Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap,” kata Faiz Sabari.

Sementara itu, pembantu peribadi Neelofa pula enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Dia yang dipercayai ditemani peguam tidak memberi sepatah kata dan pergi tanpa menghiraukan pihak media. Nadiah pula dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi sekitar jam 2 petang.

Whatsapp Image 2021 03 30 At 2.23.25 Pm 1617086075

Untuk rekod, pasangan Reka Teemor adalah pengurus kepada majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Bagi yang masih tak tahu, Neelofa dan suaminya kini didakwa sedang berbulan madu di Langkawi dan imej mereka berdua yang tular di media sosial semalam telah mendapat perhatian netizen ramai.

Screenshot 2021 03 29 At 8.39.11 Pm

Menerusi gambar itu juga, Neelofa dan PU Riz dilihat berada di lapangan terbang dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pulau Langkawi.

Nampaknya kita tunggulah sampai siasatan polis selesai. 

Baca: “Tak ada pilih bulu” – Pihak Polis Jelaskan Kenapa Tak Terus Kompaun Tetamu Di Majlis Neelofa

Neel

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.