in

“Kita akan ambil tindakan” – Polis Nak Panggil Neelofa & Suami Untuk Beri Keterangan Lepas Balik Langkawi

Lofa2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral foto & video berbulan madu, pihak polis akan memanggil selebriti dan usahawan Neelofa dan suaminya Haris Ismail untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.



Berdasarkan penularan foto yang memperlihatkan pengantin baru ini sedang berbulan madu di Langkawi itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata mereka didapati melanggar SOP.

Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan. Kita akan ambil tindakan.”

Untuk rekod, satu jenama minuman terkemuka membuat kenyataan bahawa pasangan ini pergi ke Langkawi atas tujuan kerja untuk sesi pelancaran. Disebabkan itu, Abdul Hamid berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatan perniagaannya.

1092275

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja…. jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP.

“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),”

Kata beliau lagi, pihak polis juga akan memanggil saksi yang boleh bantu melengkapkan siastaan kes ini scepat mungkin, lapor Berita Harian.

 

Baca : “Tak launch lagi dah gegar satu negara” – Neelofa Minta Netizen ‘;Bertenang’ Sempat Kongsi IG Story Naik Cable Car Dengan Suami

Lofa

Sumber: Rojak Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.