in

Pelakon Drama Kepolisan Terkenal, Tisha Shamsir Mengaku Tidak Bersalah Ambil 3 Jenis D*dah

Syaz Ft 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon wanita yang popular menerusi drama kepolisan, Tisha Shamsir, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memasukkan tiga jenis dadah ke dalam badan sendiri, pada Selasa lalu.

Tertuduh, Shanorbiah Shamsir Alam, 40, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.


Mengikut kertas pertuduhan, ujian saringan air kencing mendapati pelakon berkenaan positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine, dan ketamin. Kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 7.30 pagi, Selasa lepas.

Artikel berkaitan: “Kalau dari awal tahu, tentu tak ambil dia berlakon” – Yusof Haslam Gugurkan Watak Pelakon Akibat Kes D*dah

Artikel berkaitan: Pelakon Wanita Drama Kepolisian Ditahan Positif D*dah

Whatsapp Image 2026 07 10 At 12.09.13 Pm

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, serta pengawasan wajib selama dua hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Rayuan Pengurangan Ikat Jamin

Tisha yang hadir memakai pakaian serba hitam serta pelitup muka dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung. Beliau diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Azhar Nik Adib.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurainna Maryam Norazman menawarkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu. Selain berstatus ibu tunggal selepas berpisah dengan suami, tertuduh juga perlu menanggung ibu bapa yang sudah warga emas.

“Anak guam saya sebelum ini telah diberikan jaminan polis dan beliau hadir sendiri ke mahkamah hari ini. Ini membuktikan tiada risiko untuk beliau melarikan diri,” jelas peguamnya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pelakon yang ditemani pengawal peribadi itu terdahulu tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 8.49 pagi untuk menghadiri prosiding.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.