in

Warga Emas di Jepun Tak Pasal Pasal Dapat 3 Dos Vaksin Covid-19 Sebab Hospital Tersilap Ada Wanita Nama Sama

Ft Vaksinjepun E1624674306380

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warga emas di Jepun telah diberikan dos ketiga suntikan vaksin Covid-19 baru-baru, sedangkan dia sudah pun selesai terima dua dos vaksin tersebut. Perkara itu berlaku terhadap warga emas berumur dalam lingkungan 90-an berkenaan kerana kekeliruan selepas ada wanita lain memiliki nama serta nama keluarga yang sama dengannya.


Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku di sebuah institusi perubatan di bandar Okayama pada 22 Jun lepas. Difahamkan, warga emas itu telah ke institusi perubatan berkenaan bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit dihidapinya.

Ketika sedang berada di ruang menunggu, namanya dipanggil lalu dia terus masuk ke bilik pemeriksaan dan ketika itulah dia telah diberikan dos ketiga suntikan vaksin Covid-19 tanpa sengaja.

Old Lady Vaccine Covid 19 In Japan

Doktor yang bertugas ketika itu dilaporkan telah bertanya terlebih dahulu sama ada dia adalah individu yang namanya dipanggil itu. Memandangkan nama dan nama keluarganya sama, warga emas tersebut menjawab dan doktor terbabit terus beri suntikan vaksin Covid-19 itu.

Bagaimanapun, selepas disuntik itu dia berasa keliru dan memberitahu doktor bahawa dia telah menerima dua dos vaksin dan bertanya mengapa dia perlukan satu lagi dos suntikan. Waktu itulah pihak hospital sedar bahawa telah berlaku kesilapan namun pada hari sama wanita memang sudah berada di situ untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Moderna Covid 19 Vaccine

Dia juga telah selesai proses pendaftaran dan sedang menunggu giliran namun doktor itu tidak memeriksa dengan betul maklumat pada borang sebelum memberikan vaksin, menyebabkan dos itu diberikan secara tidak sengaja kepada orang lain.

Warga emas itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami apa-apa kesan sampingan yang luar biasa selepas suntikan dos ketiga tersebut diberikan kepadanya. Wanita yang mempunyai nama yang sama dengannya itu juga difahamkan turut menerima suntikan vaksin pada hari yang sama seperti dijadualkan, meskipun telah berlaku kekeliruan.

Baca: Syarikat Ini Bagi Bonus RM1,000 Dekat Staff Yang Dah Ambil 2 Dos Suntikan Vaksin Covid-19, Tambah Lagi RM 1K Kalau…

Theedge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.