in

“Dah boleh jalan carilah rezeki” – Aliff Syukri Respon Isu Tak Tolong Wani

Wanialiff5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan kes tindakan undang-undang daripada Nur Airawani Nazira, 23 kerana diabaikan usahawan kosmetik selepas pembedahan ‘potong usus’, pengusaha tersebut yang merupakan Dato’ Aliff Syukri tampil beri respon menerusi Instagram miliknya.


Dalam perkongsian yang turut dimuat naik gambarnya bersama Wani itu, Aliff Syukri ‘sahut’ tuntutan saman kepadanya.

 

Awak nak saman saya ? Kerjalah adik wani sayang oii..dah boleh jalan carilah rezeki.”

Kata Aliff Syukri, dia pelik mengapa isu lama ini dibangkitkan semula, malah dia juga mengaku secara terbuka bahawa usahawan kosmetik yang dimaksudkan itu adalah dirinya.

“Saya dah lama bgtau dalam facebook saya yg saya buat bariatic pada @wani.chomel atas nasihat Dr……saya siap post pada tarikh 19 ogos 2019…. (doctor tu pun posting).”

Disamping itu, Aliff Syukri juga kepilkan gambar-gambar saat dia bantu Wani.

Wanialiff

Dakwa Aliff Syukri lagi, ada pihak belah sana cuba nak kenakan dia. Dalam pada itu, Aliff Syukri juga akan menceritakan secara detail pasal kes pada hari ini.

Malah, pengasas kosmetik itu juga akan membuat tindakan kepada mereka yang cuba nak ambil kesempatan.

Aliff Syukri juga menasihatkan kepada Wani agar terus bekerja selepas dirinya dah mudah bergerak jika nak dibandingkan dulu dan berhenti untuk harapkan bantuan.

“Awak nak saman saya ? Kerjalah adik wani sayang oii..dah boleh jalan carilah rezeki…orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki utk keluarga,awak nak harap duit bantuan sampai bila?.”

Tegasnya lagi, segala kos rawatan dia tanggung seperti terapi kaki, makan, tempat tinggal tanpa menggunakan duit Wani.

Dalam pada itu, Aliff Syukri juga dapat ‘hidu’ siapa yang ‘cucuk’ Wani ni.

Dia kata “korang tahu”, agak-agak siapa eh?

 

Baca : “Dimanipulasi dan dieksploitasi” – Gadis Dakwa Diabaikan Usahawan Kosmetik Selepas Lakukan Pembedahan Potong Usus

Wanialiff2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.