in

“Semoga tetap istiqomah” – Gigih Berusaha Masuk Islam Bersama 2 Anak, Bro Leong Dipuji Masyarakat

Bro Leong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah penghijrahan seseorang yang memilih untuk peluk agama Islam semestinya menjadi inspirasi ramai. Namun, kisah seorang Cina muallaf ini sedikit berbeza apabila dia bukan sahaja peluk Islam seorang diri.


Menurut satu posting di Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Bro Leong Wei Keong mendapat perhatian dan dipuji ramai masyarakat kita selepas berjaya peluk agama Islam pada 27 Oktober lalu.

Apa yang buat orang tertarik dengan cerita Bro Leong ni, dia bukan peluk Islam seorang diri tetapi turut membawa dua orang anaknya untuk berbuat perkara yang sama!

Ustaz 1
sumber: facebook

Ketiga-tiga mereka telah melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah kelas Fardhu Ain dalam bahasa Cina dekat Bandar Baru Rawang sekitar jam 10.30 malam.

Leong bersama anak lelaki dan perempuannya itu mengucap kalimah suci berkenaan sambil dibimbing salah seorang tenaga pengajar dari pusat ilmu tersebut.

Lebih buat orang ramai terharu, kedua-dua anaknya jelas kelihatan tenang sepanjang proses itu berlangsung membuktikan yang mereka sudah diberi tunjuk ajar dan tidak buat secara paksa.

Ustaz 3
sumber: facebook

Kegigihan dan kesungguhan tiga beranak ini berusaha untuk memeluk agama Islam berjaya buat ramai tersentuh dan memuji tindakan mereka.

Rata-ratanya mengucap syukur dan mendoakan agar keluarga ini terus istiqomah serta jalan mereka untuk mendekati Islam dipermudahkan Allah SWT.

Komen 3 1

Komen 2 1

Komen 1 3
sumber: facebook

Tonton video proses mengucap dua kalimah syahadah Bro Leong dan dua anaknya:

※27 Oct 2018※Part 2Alhamdulillah.. Hidayah milik Allah SWT..Selamat kembali ke agama fitrah buat saudara baru family Bro Leong dan anak2.Anak2nya turut melafazkan dua kalimah syahadah di kelas Fardhu Ain Bandar Baru Rawang- Bhs Cina sekitar jam 10.30pm.“Ya Allah, tetapkanlah ia(Islam) dan jadikanlah ia(Islam) sebagai penunjuk yang selalu memberi petunjuk" kepada bro Leong dan anak2 juga kami sekalian..Semoga dipermudahkan segala urusan, diberkati Allah dan beristiqomah selalu ke arah jalan yg diredhai Allah.In shaa Allah.. Aamiin..#Syahadah271018#KFAMBandarBaruRawang#PDMAmirNg#MuallafRawangSelayang

Posted by Muallaf Rawang on Saturday, October 27, 2018

Alhamdulillah, Lobak Merah turut mendoakan yang terbaik untuk keluarga ini. InsyaAllah…

Baca: “Maafkan Apit mak & ayah” – Sertai Kem Transgender Ebit Lew, Netizen ‘Support’ Safiey Illias Untuk Istiqamah Berubah

Aaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.