in ,

Seller Suruh Bank In Duit Cepat, Rupa-rupanya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak habis-habis lagi dengan isu scam ni… Mudah betul orang kita ni kena tipu. Si scammer ni pun kenapa la kejam sangat, macam dah tak ada cara lain nak cari duit.

Beli tudung secara borong melalui Whatsapp

Di Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Zura telah memuat naik tweet di Twitternya yang dia telah ditipu oleh scammer. Dia membeli tudung secara borong sebanyak 56 helai dengan harga RM280 melalui whatsapp.

Barang tak dapat, tracking number pun tak dapat…

Katanya, dia dah beli dan bank in duit pada 9 Oktober dan sampai sekarang dia tak dapat-dapat lagi barang yang dioder tu. Jangan cakap barang tak dapat, tracking number pun tak dapat… Memang sah dah kena tipu ni!


Sumber: Twitter


Sumber : Twitter


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Bank in duit lambat, nak jual pada customer lain

Macam biasa la ayat seller ni, kalau bank in lambat dia terpaksa lepaskan barang tu dekat customer lain dan customer pun takut, terus bank in cepat-cepat. Siapa cepat dia dapat,  sekali kena tipu! Tengok la, setiap hari juga la dia whatsapp tanya barang dia pada seller, tapi tak ada sebarang respond pun. Alahai…

Tak putus asa, Zura ni try contact orang yang iklankan post yang jual tudung tu di Twitter. Lagi malang, lepas dapat DM kejap , tiba-tiba “user not found”. Dah tipu orang, takut la tu, terus delete account ye!


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Tak cukup dengan DM dekat Twitter, Zura try contact balik melalui Whatsapp, tapi memang Scammer ni bagi seen je la. Moga tabah ye, scammer macam ni memang banyak sangat.


Sumber: Twitter

Tak lama lepas tu, si pembeli ni terus kena block dan ternyata lepas kes ni, rupanya ramai lagi yang dah jadi mangsa dengan si Scammer ni. Korang yang nak beli apa-apa pun, kena make sure ni bukan scammer dan jangan cepat sangat percaya ye!

Sumber: Twitter

Kot ada yang pernah kena scam, cuba share nombor ke atau online shop yang menipu korang tu kat ruang comment ni. Mana tau dapat tolong orang lain dari kena tipu. Hati-hati ye semua!

Baca: Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: