in

Misteri Terjawab! Pembantu Tun M Jelaskan Sebab Sebenar Kenapa Kereta Proton Perdana Ditemui Di UK

My Post 2020 09 02T141045.440 768X384 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, ramai netizen yang tertanya-tanya macam mana Proton Perdana generasi kedua boleh terbengkalai dalam sebuah garaj di UK bersama kereta-kereta mewah yang lain.


Bukan tu je, ada netizen yang mengatakan, berdasarkan nombor plat yang ditunjukkan, kereta tersebut dikatakan milik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setelah ramai yang tertanya-tanya, akhirnya pembantu Tun M, telah pun mengesahkan yang kereta tu memang milik Tun M pun. Tapi kenapa ada dekat UK?

F

Menurut Odisi, melalui Facebook, pembantu Tun M mengatakan, sekitar akhir tahun 2016, Tun M telah pergi ke UK untuk bertemu dengan pemilik syarikat Bristol Cars, Kamal Siddiqi. Di sana, dorang bincang tentang kemungkinan untuk tukarkan kereta Malaysia kepada kereta hibrid melalui syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Kamal Sadiqi, Frazer Nash Research Limited.

Oleh sebab Tun M ni jenis yang suka kan teknologi baru dan mahu kita tak ketinggalan, atas inisiatif dia sendiri, dia hantar kereta Proton Perdana miliknya sendiri ke sana untuk tujuan R&D.”

Bersama penjelasan ini, pembantu Tun M, Adam Mukhriz turut memuat naik surat eksport Proton Perdana tersebut ke UK.

Perdana 1 Down

“Jika R&D ini berjaya, Proton akan berupaya untuk menghasilkan kereta hybridnya sendiri masa tu dan bersaing dengan jenama terkemuka dunia yang sudah pun ada model hybridnya sendiri.

“Sekarang tidak pasti sama ada kereta tersebut telah melalui proses R&D atau pun tidak dan kereta ini sepatutnya telah dibawa pulang. Difahamkan juga ada masalah approval.”

Tambahnya lagi, kereta tersebut telah pun mendapat pengisytiharan harta ketika Tun M menjadi perdana menteri ke-7.

So, akhirnya terjawablah sudah misteri Proton Perdana berhabuk ni.

 

Baca: MISTERI: Proton Perdana Ditemui Terbengkalai Bersama Kereta Mewah Lain Di UK, Dipercayai Milik…

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.