in

Selamat Tinggal Touch N Go & SmartTag! Tol Akan Mula Gunakan RFID Secara Berperingkat Mulai 2022

Page Tol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Jom balik kampung! Eh, mesti kena lalu tol kan nanti? Takpe, TNG ada!”


Nampaknya, orang ramai harus membiasakan diri dengan penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) untuk membayar tol bermula tahun depan kerana perkhidmatan pembayaran Touch N Go dan juga SmartTag akan dihentikan secara perperingkat.

Ini kerana, semalam Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) telah mengeluarkan satu kenyataan di Facebook rasmi mereka. KKRM memberitahu perkhidmatan RFID itu akan mula beroperasi dari laluan Tol Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor.

Fb1

Fb2

Pelaksanaan sistem baharu itu dibuat sebagai usaha untuk mengelakkan kesesakan kenderaan pada premis tol dan juga seiring dengan pembangunan teknologi moden di negara kita dan difahamkan ia akan bermula secara berperingkat pada 15 Januari 2022.

Netizen selesa dengan TNG & SmartTag, risau untuk guna RFID

Walaubagaimanapun, rancangan dari KKRM untuk menggunakan RFID sepenuhnya sebagai kaedah pembayaran tol itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan netizen di media sosial.

Ini kerana, rata-rata dari mereka, mereka telahpun selesa untuk menggunakan TNG dan juga SmartTag. Tambah pula, memang dah lebih 20 tahun dua kaedah ini dipakai oleh orang ramai untuk bayar tol.

“SmartTag aku elok lagi ni… haa, acaner?” – Netizen

Komen Full 2

Menurut KKRM, RFID boleh memudahkan pemandu kerana tidak perlu memberhentikan kereta dengan kelajuan 30 km/j serta dapat mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.

Haa, kan lagi senang macamtu? Pastikan balance cukup sebelum keluar berjalan okay? Nanti satu hal pula kena tunggu lama depan tol sebab tak cukup baki…

Baca: [Video] ‘King of Highway’ Buat Hal lagi! Myvi ‘Cucuk’ Rapat Belakang Kereta, Nak Elak Dari Bayar Tol?

Untitled 1 9

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.