in

[Video] – ‘King of Highway’ Buat Hal lagi! Myvi ‘Cucuk’ Rapat Belakang Kereta, Nak Elak Dari Bayar Tol?

Ft Myvi Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal Myvi, siapa sahaja rakyat Malaysia yang tak kenal kereta keluaran Perodua yang dianggap ‘kebal’ dan popular dengan nama julukan ‘King of Highway’ itu bukan.


Seperti kejadian yang telah dimuat naik oleh seorang netizen di laman Twitter @paantastic di mana terdapat rakaman video yang memperlihatkan aksi ‘nakal’ seorang pemandu Myvi yang berjaya meraih perhatian netizen.

Menurut pemuda itu, rakaman tersebut berjaya dirakam melalui dashcam kereta adiknya. Kejadian dilaporkan berlaku di Plaza Tol Medan, Petaling Jaya kira-kira pukul 10.59 pagi, 1 Januari lalu.

First day tahun baru pun dah mula buat hal eh. 

 

‘Cucuk’ rapat belakang kereta 

Feat Myvi Cucuk 1 1

Melalui rakaman tersebut, jelas kelihatan sebuah kereta Perodua Myvi yang berwarna biru sedang ‘mencucuk’ rapat di belakang sebuah lagi kereta di plaza tol berkenaan.

Apa yang mengejutkan, Myvi tersebut rupa-rupanya sedang menunggu kereta dihadapannya untuk membayar tol sebelum dia terus memecut mengekorinya tanpa membayar tol. 

Feat Myvi Cucuk 2

 

Harga tol seringgit je pun

Apa yang lebih tidak masuk akal, admin difahamkan bahawa harga tol berkenaan hanyalah berjumlah RM1 sahaja!

Myvi 3

Whatt?? Seringgit pun taknak bayar? 

Video yang dimuat naik itu kemudiannya tular sehingga mendapat lebih daripada 120,000 views dan 4,000 retweets.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Myvi ini. Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman sama berhadapan dengan sikap pemandu Myvi yang sebegini.

 

“Ni next level miskin ni” – Netizen

Komen Twit Myvi 1

Komen Twit 3

Komen Twit Myvi 2

Baca: “Myvi lagi?” – [Video] Cuba Nak Elak Bayar Tol, Driver Kena Maki Sebab ‘Cucuk’ Kereta Lain

Baca Myvi

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.