in

“Selamat menikmati wang haram” – Mak Kutu Bawa Lari Duit 1 Juta, Wanita Hantar Ucapan ‘Bermakna’ di Hari Perkahwinan

Ft Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lain ‘mak kutu’ lain caranya. Ada yang prefer duit yang terkumpul itu dipindahkan ke akaun mereka terlebih dahulu dan ada juga yang prefer semua ahli terus transfer wang dekat individu mengikut ‘turn‘ masing-masing.

Tapi lain pula yang jadi di Indonesia apabila seorang ‘mak kutu’ dilaporkan membawa lari dan ‘senyap’ dengan wang ahli-ahli kumpulan kutu. Dek kerana degil dan tidak memulangkan wang tersebut, salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut menggunakan cara lain daripada yang lain untuk menuntut wang mereka.


 

Hantar ucapan ‘bermakna’ di hari bahagia

Perkongsian ahli bernama Irena Junita Sari itu menjadi viral selepas dia memuat naik sebuah video menunjukkan cara bagaimana dia memalukan ‘mak kutu’ tersebut.

Irena telah menghantar jambangan bunga dan board ucapan pada hari perkahwinan wanita berkenaan dan video itu mendapat perhatian netizen. Sehingga kini, ia telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan di TikTok.

Ucapan Irena berbunyi begini:

Selamat menikah kakaknya Mia ****. Selamat menikmati uang haram 1M (1 juta Rupiah) hasil nilep arisan. Kapan nih dibayar shay?”

https://www.tiktok.com/@ceoofkemayu/video/6909311875033451778?_d=dc51ik80aekmhf&language=id&sec_uid=MS4wLjABAAAAAaDUC2Si34U7DAoNWveLRiSz3W3Ga77fjxXe6_fEOcqvl2bmBpBLamjA-zsDHHjU&share_author_id=6781286342267864065&u_code=daa387h2d2mm6k&utm_source=copy&app=tiktok&iid=6820288777131427585&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&tt_from=copy&user_id=6781286342267864065&source=h5_t

 

Dah tagih wang, tapi keluarga cakap tak ada duit!

Menurut Kumparan, Irena berkata hasil kutipan yang dibawa lari itu pada 23 Disember lepas adalah daripada hampir 300 ahli kumpulan Whatsapp dan dia mengambil keputusan untuk berbuat sedemikian pada yang perkahwinan ‘mak kutu’ berkenaan baru-baru ini.

Katanya sebelum ini wang tersebut sudah diminta banyak kali namun perlbagai alasan diberikan, malah keluarga juga berkata mereka masih belum ada duit untuk ganti semula. Tapi, tup tup! Mereka langsungkan perkahwinan kakak ‘mak kutu’ itu pula.

Saya sudah meminta secara baik dengan dia, tetapi tidak mendapat maklum balas daripadanya. Geram dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, saya nekad mengirimkan bunga dan kad ketika majlis perkahwinannya.”

Disebabkan itulah, Irena membuat keputusan untuk hantar bunga bersama ucapan ‘pedas’ tersebut di hari perkahwinannya. Board tersebut diletakkan terang-terangan di gerbang masuk majlis perkahwinan dan dilihat oleh para tetamu yang hadir.

Ucapan2

Menerusi beberapa video lain yang turut dimuat naik di TikTok, Irena menjelaskan bahawa masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis namun masih juga belum selesai. Video-video dimuat naik Irena itu menunjukkan beberapa ahli kumpulan kutu tersebut berdepan dengan keluarga termasuklah bapa ‘mak kutu’ itu sendiri.

Tidak dinyatakan sama ada kes itu sudah selesai dan jika wang tersebut sudah dikembalikan, namun rata-rata netizen bersetuju serta terinspirasi dengan tindakan Irena kerana berani mengambil langkah sebegitu.  Ada yang berkata mereka juga akan menggunakan cara memalukan si penghutang supaya mereka sedar untuk pulangkan semula wang.

Baca: [VIDEO] Gaduh Besar Dengan Isteri Sampai Lempar Barang Sana Sini, Tapi Minta Maaf Dekat TikTok

Ft Tiktok 2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.