Malam tadi, Putera Harry dan Meghan Markle telah membuat pengumuman mengejutkan di Instagram mengenai keputusan mereka untuk tak lagi bersama keluarga diraja serta ingin melucutkan gelaran mereka sebagai Duke and Duchess of Sussex.
Keputusan dramatik mereka ini malangnya dibuat tanpa pengetahuan Ratu Elizabeth, Putera Charles mahu pun Putera William. Lebih teruk lagi, dorang hanya dapat tahu berita ni dari TV!
Menurut Daily Mail, sumber dalaman mengatakan, Ratu Elizabeth dan keluarganya sangat kecewa, terkejut, sedih dan marah dengan keputusan pasangan ini.
Kenyataan dari Istana Buckingham pula mengatakan, keluarga diraja tahu tentang keinginan Harry dan Meghan yang ingin mengambil jalan lain, namun ia masih di awal perbincangan dan keputusan sebesar ini perlukan masa untuk dilaksanakan.
Sumber yang boleh dipercayai mengatakan, pengumuman mengejutkan ini adalah kenyataan peribadi pasangan tersebut dan ahli keluarga lain tak tahu menahu.
Kita dah banyak mengalah untuk mereka. Mereka diberikan perkahwinan yang mereka mahukan, pejabat yang mereka mahukan, staf yang mereka mahukan, duit yang mereka mahukan, percutian yang mereka mahukan dan keluarga pun sentiasa ada di belakang mereka. Apa lagi yang dorang mahukan?”
Salah seorang pihak diraja pula mengatakan yang keputusan pasangan ini sangat tak adil untuk Ratu Elizabeth.
Kami faham yang mereka nak sesuatu yang lain dan kami sanggup bantu mereka. Tapi, tindakan ini sangat mengecewakan.”
Bukan itu saja, menurut sumber, “pengkhianatan” Harry dan Megan ini sangat mengejutkan. Keluarga diraja dari pangkat atas hingga bawah merasakan seperti “mereka ditikam dari belakang oleh pasangan ini”.
Harapnya Harry dan Meghan dapat berbincang dan keluar dari keluarga diraja ini secara baik dan tak melulu seperti ini.