Selalu Reka Barang Kreatif, Pasangan Kembar Setuju ‘Content Creator’ Kena Ada Pendidikan

Tambah ke Sumber Pilihan
Selalu Reka Barang Kreatif, Pasangan Kembar Setuju ‘Content Creator’ Kena Ada Pendidikan
hotfm976 | TikTok

Kalau korang selalu layan TikTok, mesti kenal pasangan kembar bernama Amin dan Abid. Sebelum ini juga, mereka berdua pernah tular membuat pelbagai hasil reka cipta termasuklah hiasan dalaman sebuah muzium coklat yang terletak di Kedah.

Content creator perlu berpendidikan

Dalam satu temu bual yang dimuat naik oleh @hotfm976 di TikTok, mereka telah menjemput pasangan kembar itu untuk berkongsi pendapat mereka berdua mengenai content creator berpendidikan.


Artikel berkaitan: “Dik tolong open order” – Kembar Kreatif Hasilkan ‘Car Seat’ Comel Khas Untuk Kucing

Artikel berkaitan: Walau Sibuk Belajar, Pasangan Kembar Abid Dan Amin Seronok Cipta Barangan Baharu

Kata mereka, seorang content creator mestilah mempunyai pendidikan kerana ia mempengaruhi bagaimana individu itu membawa diri ke khalayak ramai.

Sebenarnya kita boleh tengok beza content creator yang ada pendidikan dengan tak ada pendidikan. Sebab daripada segi percakapan, penampilan dan karakter, itu akan mencerminkan sama ada pendidikan dia sampai mana.

Dengan itulah penerimaan content itu akan pergi ke umur berapa. Kadang-kadang mak bapa pun boleh suka content kita. – Amin (abang)

Rezeki akan terbuka 

Selain itu, Abid (adik) berkongsi pendapatnya jika ada sesiapa yang mahu menjadi content creator tetapi tidak mahu belajar.

Kitorang rasa kalau kitorang tak belajar, kitorang takkan jadi content creator. Sebab kitorang mula pun daripada belajar. Kami pun tak sangka yang kami boleh jadi content creator. Bila belajar, rezeki tu terbuka sedikit demi sedikit.

Untuk pengetahuan, usaha mereka selama ini telah membuahkan hasil apabila Amin dan Abid telah tercalon ‘TikTok Awards Malaysia’ untuk kategori ‘Education Creator of teh Year’.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pasangan kembar ini yang sentiasa humble walaupun nama mereka semakin dikenali.

Content 1

Wah! Min suka tengok content kembar ni.. kreatif sangat!

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Selalu Reka Barang Kreatif, Pasangan Kembar Setuju ‘Content Creator’ Kena Ada Pendidikan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/selalu-reka-barang-kreatif-pasangan-kembar-setuju-content-creator-kena-ada-pendidikan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM