in

“Sekiranya ada tidak puas hati marilah berjumpa” – Jumpa 3 Objek Misteri di Rumah, Aeril Zafrel Sekeluarga Jadi ‘Target’ Sihir?

Ft Aerilsihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mendapat bantuan daripada seorang ahli agama, Aeril Zafril menjumpai tiga objek misteri baru-baru ini. Melalui Instagram, Aeril mendedahkan dia dan keluarga hampir menjadi mangsa sihir dan bersyukur perbuatan syirik itu berjaya dikesan.



“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan ALLAH sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.”

“Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah …. ALLAH hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif – saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini.”

 

Sekiranya tak puas hati, marilah berjumpa

Aeril bagaimanapun berkata dia memaafkan perbuatan ‘pihak itu’ dan menganggap ada kesilapan dari pihaknya tanpa dia sedari. Selain memohon maaf kepada pihak yang tergamak melakukan perbuatan itu, Aeril turut mengajak insan itu bersua muka untuk menyelesaikan hal berkenaan.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu.”

Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’ kepada saya. Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melampiaskan amarah atau menegur kesilapan saya – marilah bertemu secara nyata.”

InsyaALLAH saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa jua kesalahan saya jika ada.”

 

 

Baca: “Sedapnya suara legend” – Nyanyian Bersahaja Dato’ Hattan & Dato’ M. Nasir Terima Pujian Netizen

2Mnasir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.