in

“Kenapa ada yang kutuk Hayla punya kek batik” – Wawa Zainal Tebalkan Muka Minta Orang Hina Anak Padam Video

ft kek batik hayla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kepada pasangan selebriti dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak dapat menahan air mata selepas mengetahui bahawa ada netizen yang membuat satu hantaran di media sosial dengan menghina dan mengkritik menu air tangannya.

Menerusi satu perkongsian video daripada Wawa Zainal di Instagram, anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang baru berumur 9 tahun itu tertanya-tanya mengapa kek batiknya dihina sedangkan ramai yang menyukainya.


Artikel berkaitan : “Maaf kalau kek batik Hayla buat sesetengah pihak kurang senang” – Wawa Zainal Syak Anak Terkena Penyakit Ain

Artikel berkaitan : [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Iklan Raya, Lakonan Beremosi Anak Wawa Zainal Jadi Tumpuan!

“Mama kenapa ada yang kutuk Hayla punya kek batik? Saya dan semua kawan yang rasa kek batik ni sedap.”

Dalam pada ibu, Wawa sebagai ibu menahan rasa sebak dan meminta Hayla bersabar sementara Aeril Zafrel cuba memujuk Hayla yang mula menitiskan air mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Sedih melihat anaknya dikecam, aktres tersebut memberitahu yang dia sanggup tebalkan muka menghubungi netizen yang mengkritik anaknya itu untuk memadam video berkenaan.

“Saya sanggup tebalkan muka mesej orang itu untuk padam video sebab tak sanggup lihat anak sendiri kena hina.”

Sebelum ini kek batik hasil air tangan Hayla telah meraih perhatian netizen. Dikatakan produk itu sentiasa habis terjual setiap kali Hayla membuka pesanan kepada orang luar.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.