in

“Sekelip mata semuanya berubah” – Ibu Sempat Campak Anak Ke Tempat Duduk Belakang Sebelum Kereta Berlanggar Dengan Lori!

Ibu Campak Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tidak percaya, tiga orang adik beradik secara tiba-tiba menjadi anak yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Surawati Mohd, 33 dan Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut akibat kereta mereka bertembung dengan sebuah lori semalam.


Menurut Harian Metro, lebih menyedihkan apabila beberapa saat sebelum kejadian berlaku, Surawati sempat mencampakkan anak bongsunya ke belakang demi menyelamatkan budak tersebut dari kecederaan. 

 

Myvi rempuh lori bawa bawa baja pada awal pagi

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 pagi, Surawati, suami dan tiga anak mereka berusia antara 2 hingga 6 tahun sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Pulau Duyong ke rumah orang tua suami di Felda Lui, Jempol, Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, kenderaan Myvi yang dipandu mereka merempuh lori muatan baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong, di Rompin awal pagi itu. 

Myvi
sumber: harian metro

Pihak polis berkata, pasangan suami isteri terbabit meninggal dunia beberapa jam selepas dapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah manakala tiga anak mereka mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan awal kita mendapati kereta dipandu Muhammad Noor Idham dari arah Kuantan menuju ke Seremban dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori.

“Pemandu lori Md Kamarudin Ibrahim, 43, turut cedera dan keterangannya sudah diambil bagi membantu siasatan,” kata pihak polis.

 

“Aryan sempat sambut adiknya sebelum kereta berkenaan berlanggar dengan lori” 

Seperti semuanya sudah tertulis, adik Surawati, Syaidatul Fatihah Mohd, 30, berkata, mereka sekeluarga tidak tahu pun yang Surawati dan suaminya akan bertolak ke rumah mertua esok pagi kerana anaknya bercuti pada hari berkenaan.

“Malah keluarga ipar di sana pun tidak tahu yang lima beranak terbabit bertolak awal.

“Mungkin lepas suaminya habis kerja awal pagi mereka terus bertolak ke Felda Lui dengan menaiki kereta Perodua Myvi,” katanya.

71552686 2657995357578073 1414059995854536704 N
Mangsa sekeluarga | sumber: facebook

Keluarganya juga hanya mengetahui akan kemalangan ini apabila pihak Hospital Muadzam Shah menghubunginya kira-kira jam 7 pagi.

“Kami dimaklumkan kakak dan suaminya meninggal dunia dan pihak hospital minta kami datang ambil tiga anak mereka yang cedera ringan.

“Apabila tiba di hospital anak saudara menangis dan ahli keluarga cuba menenangkan mereka.

72291804 2657995514244724 1555079221179580416 N

71567024 2657995594244716 4340686097584488448 N
Anak-anak mangsa | sumber: facebook

Menurut anak sulungnya sewaktu kereta hilang kawalan dia masih sedar dan ibunya sempat mencampakkan Arfan ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkan anak bongsunya itu.

“Aryan sempat menyambut adiknya sebelum kereta berkenaan berlanggar dengan lori,” katanya.

Allah… sedihnya… 

 

Jenazah selamat dikebumikan, keluarga masih bincang mengenai penjagaan anak arwah

Tambah Syaidatul, jenazah abang ipar dibawa ke Felda Lui untuk dikebumikan menakala jenazah kakaknya dibawa pulang ke Gong Merawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang selepas solat Isyak semalam.

“Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini.

“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arwah ini,” katanya.

Sedih 1
sumber: harian metro
71281508 375503320005666 8953480917653913600 N
sumber: bh

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat kedua-dua arwah dan doakan semoga anak-anak mereka tabah hadapi dugaan berat ini. Takziah… 

Baca: “Kereta macam ni elok masuk gaung” – [VIDEO] Netizen Bengang, Pemandu CRV Jadi Punca Ambulan Kemalangan!

Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.