in

“Sejuk hati” – [VIDEO] Netizen Kagum Tengok Lelaki Solat Subuh Berjemaah Dalam KTM

Solat Dalam Ktm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai umat Islam, solat fardhu adalah kewajipan setiap individu walau di mana jua kita berada dan ada syarat yang menyenangkan kita untuk solat dalam apa jua keadaan sekali pun.

Banyak kemudahan yang membolehkan kita untuk solat dalam keadaan yang selesa dan senang, jadi tidak patut timbul alasan untuk tidak berbuat sedemikian.


Macam baru-baru ini, telah tular sebuah video memaparkan sekumpulan penumpang lelaki yang sedang menunaikan solat Subuh di dalam koc Keretapi Tanah Melayu (KTM) sehingga mendapat perhatian netizen.

@bentengsejagat

Solat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini. 😊

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Menerusi video tersebut, dapat dilihat empat lelaki sedang mengangkat takbir dan berdiri di belakang seorang imam yang mengetuai jemaah tersebut.

Mereka juga telah membentangkan sejadah di atas lantai dan menunaikan solat dua rakaat di ruangan tengah antara kerusi penumpang.

Screenshot 2022 12 02 143325

Menurut pemilik video berkenaan, solat Subuh berjemaah itu merupakan perkara biasa buat mereka yang menggunakan KTM untuk ke tempat kerja pada waktu awal pagi, lapor mStar.

“Solat Subuh dalam tren komuter Butterworth – Padang besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang-alik kerja dengan menggunakan KTM komuter ini,” tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Netizen memuji sikap mereka

Video yang dikongsi itu telah meraih hampir setengah juta tontonan menerusi laman TikTok dalam masa 2 hari dan telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

Selain warganet memuji mereka sebagai contoh baik yang ditunjukkan, netizen turut meluahkan rasa terharu melihat ketabahan mereka keluar rumah pada awal pagi untuk memulakan perjalanan ke tempat kerja sekaligus masih taat menjalankan kewajipan agama.

Screenshot 2022 12 02 142728

Screenshot 2022 12 02 142749

Sejukk hati tengok dorang ni…

Baca :  Kesatuan Pekerja KTMB Rayu Anwar Ibrahim Pertimbang Lantik Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan

F1 Almpb 758X399 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.