in

KTMB Buka Siasatan, Pandang Serius Insiden Tingkap Koc Tren Pecah Kena Kepala Penumpang

Syaz Ft 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan telah menerima laporan berhubung satu insiden kerosakan tingkap koc tren yang menghala ke Butterworth, Pulau Pinang.

Kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial selepas seorang penumpang mengimbas detik cemas yang dialaminya apabila tingkap berhampiran tempat duduknya pecah sehingga menjejaskan dirinya.


Menerusi hantaran di laman Threads oleh pengguna akaun @/alyaaanblh, wanita berkenaan memuat naik foto keadaan tingkap koc di bahagian sisi kiri tren yang cerminnya retak seribu dan berlubang besar.

Artikel berkaitan: “Dah pukul 6.30 pagi mana staff?” – KTMB Beri Penjelasan Isu Pintu Stesen Anak Bukit Lewat Buka Kunci

Artikel berkaitan: “Tak malu ke” – Netizen Berang Lelaki Buat Aksi Tak Senonoh Dalam Tren, Ini Respon KTMB

 

View on Threads

 

Isu berkenaan mendapat perhatian pantas pihak KTMB yang tampil memberi maklum balas bagi menjelaskan situasi sebenar.

Dalam satu kenyataan rasmi, KTMB memaklumkan bahawa pihak mereka memandang serius insiden kerosakan fizikal tren terbabit dan sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca utama kejadian.

“KTMB mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian kerosakan tingkap di bahagian sisi kiri sebuah koc tren yang menghala ke Butterworth.

KTMB memandang serius kejadian ini dan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Tindakan pembaikan terhadap tingkap yang mengalami kerosakan juga akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang sentiasa terpelihara,” tulis kenyataan berkenaan.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada warga netizen yang meluahkan rasa bimbang akan tahap keselamatan penumpang di dalam koc tren. Ada yang mendesak agar siasatan dijalankan bagi memastikan sama ada kerosakan berpunca daripada lontaran objek asing dari luar mahupun isu teknikal cermin itu sendiri.

Pihak KTMB menegaskan bahawa kerja-kerja pembaikan segera akan dilaksanakan ke atas koc terbabit demi menjaga keselamatan dan standard keselesaan para pengguna khidmat tren awam.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.