“Sehari bayaran RM290”- Pemuda Di Indonesia Ini Diupah Jaga Kubur, Tidur Pun Sebelah Tu Je

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sehari bayaran RM290”- Pemuda Di Indonesia Ini Diupah Jaga Kubur, Tidur Pun Sebelah Tu Je

Memang tabik habis lah dekat individu yang bekerja atau bertanggungjawab menguruskan jenazah orang meninggal dunia seperti penggali kubur sebab dah menunaikan fardu kifayah sebagai umat Islam.

Baru-baru ini, viral pula tentang lima orang pemuda di Indonesia yang telah diupah untuk menjaga kubur orang yang baru meninggal dunia, lapor Tribunnews.


Pekerjaan mereka yang bertempat di kawasan perkuburan di Kalimantan Selatan itu telah dikongsikan menerusi akaun TikTok, oreo_bamban.

Menurut Arsyad Maulana iaitu salah seorang daripada pemuda itu berkata kepada pemberita tempatan bahawa mereka dah tiga tahun bekerja menjaga pusara.

Difahamkan, upah menjaga kubur itu akan dibayar oleh ahli keluarga orang yang meninggal dengan bayaran Rp sejuta sehari (kira-kira RM292). Banyak jugak tu, cuma kena ada keberanian yang tinggi la kan. 

Jaga Kubur 3Sumber: TikTok @oreo_bamban

Boleh dilihat dalam video terbabit, mereka sedang membaca Al-Quran di kubur itu dan pada waktu malam pula, mereka akan melelapkan mata di samping kawasan itu kerana ada khemah yang dibina khas untuk mereka menjaga pusara tersebut.

Jaga Kubur 2Sumber: Tribunnews

Barang keperluan seperti bantal untuk tidur, makanan dan air kopi juga menemani mereka sepanjang tempoh menjaga pusara.

Difahamkan juga, lazimnya, mereka akan diminta untuk menjaga kubur mereka yang telah meninggal dunia selama tiga hari dan sepanjang tempoh itu, mereka akan mengaji Al-Quran.

Sumber: Tribunnews, TikTok @oreo_bamban

Baca: “Ni je caranya”- Kakitangan Pembersihan Bina Kubur Palsu Untuk ‘Ajar Penduduk Suka Buang Sampah Merata 

Jaga Kubur 1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sehari bayaran RM290”- Pemuda Di Indonesia Ini Diupah Jaga Kubur, Tidur Pun Sebelah Tu Je
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sehari-bayaran-rm290-pemuda-di-indonesia-ini-diupah-jaga-kubur-tidur-pun-sebelah-tu-je/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM