in

“Ramai gila!” – Viral! Ibu 25 Tahun, Selamat Lahirkan Anak Kembar 9

Fi Nak E1625891067740

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah semestinya bagi pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan untuk mempunyai zuriat di dalam hidup mereka.


Jika dikurniakan seorang anak itu pun dah dianggap rezeki, apatah lagi kalau diberi kembar dalam satu masa.

 

Bukan satu, bukan dua… tapi sembilan

Baru-baru ini viral tentang fenomena kelahiran yang luar biasa berlaku di Afrika Barat dan nyata mengejutkan seluruh dunia.

Seorang wanita warganegara Mali bernama Halima Cisse menjadi tumpuan apabila dia melahirkan bayi kembar tapi bukan satu, bukan dua mahupun tiga. Namun sembilan bayi kembar selamat dilahirkan menggunakan kaedah caeserean.

Wanita berusia 25 tahun tersebut menetap di sebuah wilayah miskin di Mali, akan tetapi terpaksa diterbangkan ke pusat perubatan di Maghribi kerana proses bersalinnya yang berisiko tinggi.

Anak 1 1

Anak 2

 

Pada mula detect tujuh

Menurut Sinar Harian, Halima pada mulanya disahkan mengandung bayi kembar tujuh. Namun ketika proses melahirkan, pihak doktor disitu terkejut ada dua lagi bayi dalam kandungannya itu.

Akhirnya, dia selamat melahirkan 5 bayi lelaki dan 4 bayi perempuan. Dua bayi tu buat surprise pulak eh.

⭕Halima Cissé, la Malienne qui pensait être enceinte de septuplés accouche finalement de neuf bébés?? 5 filles et 4 garçons.Mais elle a accouché dans une clinique marocaine. Par césarienne.

Posted by Aboubacar Big-up Kaba on Tuesday, May 4, 2021

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Mali mengesahkan bahawa Halima dan kesemua bayinya berada dalam keadaan baik dan dijangka pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Sembilan?!! Rezeki betul tak payah nak tambah lagi ni. Ada sesiapa yang nak anak ramai macam ni? hihi

Sumber : Sinar Harian. Facebook : AsyikFM, Mediaguinee.com

 

Baca : “Kami ada mata yang sama” – Wanita Ini Dakwa Lahirkan Anak Alien Lepas Diculik Makhluk Asing

Foot Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.