in

Sedihnya! Penuh Emosi, Gedung Isetan Akhirnya Ditutup Selepas Beroperasi Selama 28 Tahun Di Thailand

Gambar Hiasan 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tengah on the way nak pergi KLCC, mesti korang perasan ada satu bangunan bernama Isetan kan?


Ya! gedung membeli-belah dari Jepun, Isetan telah menghentikan operasinya, namun bukanlah di Malaysia. Gedung yang menghentikan operasinya merupakan gedung cawangan di Thailand selepas 28 tahun beroperasi.

Menurut BangkokPost, Isetan Thailand telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pihaknya harus mengakhiri operasi gedung di CentralWorld di Bangkok pada 31 Ogos, apabila kontraknya untuk menyewa bangunan setinggi enam tingkat di ibu kota Thailand itu sudah tamat.

Majlis perpisahan berdekatan dengan Kuil Erawan yang penuh emosi itu menyaksikan kakitangan Isetan mengucapkan terima kasih kepada pembeli atas sokongan mereka selama ini.

Kakitangan malah membuat persembahan untuk pelanggan pada waktu malam di pintu masuk malah, pelanggan yang muncul pada hari terakhir operasi pula diberikan roti sebagai tanda perpisahan.

Isetan Bread

Q

Capture 4

Majlis perpisahan ini sangat memberi kesan buat semua kakitangan di Isetan, kerana berita penutupan ini dibuat pada saat-saat terkahir.

Lapor BangkokPost, Isetan telah mengumumkan rancangannya untuk menarik diri dari Thailand sejak bulan Mac yang lalu akibat daripada Covid-19 yang agak melembabkan ekonomi dunia sekarang ini. Disebabkan itu, rancangan penutupan gedung itu terpaksa dibuat secara terpaksa dan menyedihkan.

Walaupun begitu, dilaporkan bahawa terdapat rancangan untuk membuka semula cawangan di negara yang sama pada tahun 2021.

 

Baca: Silverlakes Brand Village Outlet, Pusat Beli Belah Premium Terbesar Di Perak Dijangka Siap Tahun Depan

12

Sumber: Bangkok Post
Sumber: BangkokPost
Sumber: Bangkok Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.