in

Silverlakes Brand Village Outlet, Pusat Beli Belah Premium Terbesar Di Perak Dijangka Siap Tahun Depan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika di Johor ada Johor Premium Outlet (JPO), di Melaka ada Melaka Premium Outlet (MPO) dan di Sepang ada Mitsui Outlet Park, selepas ini giliran negeri Perak pula untuk memiliki sebuah gedung beli-belah premium!


Silverlakes Brand Village Outlet bakal menjadi satu lagi mercu tanda di kawasan pelancongan di Lembah Kinta, Perak dengan menawarkan pengalaman membeli-belah berkonsepkan alam semulajadi.

Pusat beli-belah premium ini masih dalam proses pembinaan dan dibina di sebelah tasik, berhampiran dengan Taman Alam Kinta. Cuba bayangkan macam mana permandangan di situ bila siap nanti, mesti cantik dan menenangkan!

Silverlakes Brand Village Outlet yang dibina di atas kawasans eluas 13.35 hektar dengan keluasan 37,161 meter persegi ini bakal menempatkan lebih 150 jenama barangan tempatan dan luar negara.

Lebih menarik, Silverlakes Brand Village Outlet bukan sahaja menawarkan pengalam membeli-belah yang menyeronokkan, malah terdapat juga Dato’ Lat Village Museum (Kampung Boy), aktiviti sukan air dan hotel untuk para pengunjung.

Menurut sumber, lokasi kawasan ini hanya terletak 10 minit dari simpang susur keluar Simpang Pulai, Lebuhraya Utara Seatan dan berhadapan dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Batu Gajah.

Sumber: Rileklah

BACA: “Harga pun murah!” – Wanita Ini Kongsi 11 Produk Jenama TESCO Yang Best, Sedap & Berbaloi Untuk Korang Beli!

Sumber: Rileklah
Sumber: Rileklah
Sumber: Rileklah
Sumber: Rileklah
Sumber: Iamsyieddy
Sumber: Iamsyieddy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.