Sweetnya! Lelaki Ini Beri Hantaran Naskhah Al-Quran Ditulis Sendiri Untuk Isteri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kebiasaannya pasangan pengantin memilih untuk DIY sendiri barangan hantaran serta persiapan perkahwinan untuk elakkan mereka mengeluarkan perbelanjaan tinggi.

Tapi kalau DIY hantaran perkahwinan berupa Al-Quran, jaranglah kita dengar.

Tulis sendiri naskhah Al-Quran

Seorang jurugambar berkongsi gambar akad nikah rakannya baru-baru ini yang sangat bersederhana dalam memberikan hantaran kepada si isteri.

Menurut Raja Nazrin, rakannya Ustaz Nizam mengambil masa tiga tahun menulis sendiri naskhah Al-Quran berkenaan. Wow!

Sumber: Twitter

Bukan calang-calang orang yang ada bakat, kemahiran dan semangat untuk menulis 30 juzuk Al-Quran macam ni.

Hasil tulisan tangan kemas

Korang tengoklah sendiri hasil tulisan tangannya. Sangat kemas, jelas dan pastinya ia telah disemak oleh pihak yang lebih arif, kan?

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Hebat betul hasil karya pelajar Maahad Tahfiq Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong dari Kelantan ni kan?

“Hadiah paling bermakna..”

Tak dinafikan hasil karya lelaki ini sangat hebat dan menakjubkan. Bertuahlah si isteri sebab dapat hadiah yang sangat istimewa daripada si suami.

Bukan saja dapat pahala membaca Al-Quran, tapi dia mesti akan sentiasa teringatkan suami waktu baca.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

“Sweetnya, setiap kali baca isteri mesti ingat suami”

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Semoga perkahwinan kedua-dua pasangan ini dirahmati Allah swt dan kekal hingga ke Jannah dengan kehendak-Nya, Insya-Allah.

Baca: “Sepatutnya saya happy, apparently I’m not..” – Seminggu Lagi Nak Bertunang, Barang Hantaran Pun Tak Cari Lagi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.