Jika dapat kita perhatikan sekarang, artis di negara kita sentiasa menjadi bualan mulut orang ramai, terutamanya dari sudut yang negatif. Ada sahaja yang tidak kena di mata sesetengah netizen, sehinggakan ada yang berani memberikan komen-komen yang tidak sepatutnya. Seperti baru-baru ini, Neelofa ditegur lagi oleh netizen kerana gaya tudungnya yang agak ‘lain’ daripada biasa.
Terbaru, pengacara MeleTOP ini tampil dengan imejnya yang sentiasa tampak jelita dan mewah. Ketika program tersebut dimuat naik di youtube pada hari Selasa yang lepas, yang menampilkan Datuk Norman KRU, Dato Aliff Syukri dan isteri sebagai tetamu, ramai netizen yang mempersoalkan cara Neelofa bertudung yang semakin lama semakin singkat itu.
Ketika rancangan itu berlangsung, Dato Aliff Syukri tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan berita gembira kepada satu Malaysia, di mana isterinya, Datin Sri Shahida sedang hamil tiga bulan. Tahniahhh Datuk dan Datin!! Katanya, mereka percaya bahawa rezeki tersebut datang kerana mereka baru sahaja mengambil dua orang anak angkat baru-baru ini.
Ketika rancangan itu berlangsung juga, dapat dilihat gaya yang dipakai oleh Neelofa ketika itu berjaya menarik perhatian ramai netizen, tetapi dari sudut yang negatif. Hmmmm.. Masing-masing mempersoalkan sebab Neelofa menggayakan shawlnya sebegitu, memandangkan dia pernah mengerjakan haji sebelum ini dan gayanya yang sentiasa kelihatan sopan.
“Tudung Neelofa tu kalau bagi labuh sikit kan ayu!”
“Lofa sekarang aku tak suka. Aku lagi suka Lofa yang dulu, masa mula-mula dia berhijrah. Tudung labuh, sekarang tudung makin singkat. Semoga diberi hidayah. Amin”
“Ya Allah apa yang Lofa pakai kat kepala tu?!”
Sebenarnya kalau kita perhatikan, Neelofa sudah lama menggayakan tudungnya sebegitu, terutamanya apabila beliau ke majlis-majlis besar.
Susah sebenarnya nak jadi artis ni, lagi-lagi macam Neelofa yang dikenali dalam dan luar negara ini. Apa-apa pun kami harap Neelofa tabah hadapi segala kritikan daripada peminat ya. Ambil yang positif-positif jee! 🙂
Baca: “Air mata terakhir buat #lofattah” – Neelofa Dimalukan Peminat Yang Masih Tak ‘Move On’