in

“Sedap rupanya strawberi”- Wanita Hanya Makan Kerepek Selama 23 Tahun, Terkejut Rasa Keenakan Makanan Lain

F3 Cps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah utama yang dihadapi oleh mak-mak ialah apabila anak mereka enggan makan makanan berkhasiat dan memilih makanan. Budak-budak kecik ni selalunya susah nak makan sayur dan hanya nak makan makanan segera macam ayam goreng atau pizza je kan. 

Seperti yang dialami oleh seorang wanita yang berusia 25 tahun ini, selama 23 tahun, Zoe Sandler dari United Kingdom hanya makan sandwic yang berisi kerepek kentang perisa keju dan bawang sahaja sejak berusia dua tahun.


Ppm 8

Menurut NDTV, ketika kanak-kanak, ibu bapanya cuba berinya makan makanan lain namun setiap kali itu juga, Zoe akan menolak dan tidak mahu membuka mulut.

Hanya kerepek yang dia boleh makan dan ketika zaman kanak-kanaknya, dia akan kemam kerepek berkenaan hingga lembut.

Ketika zaman sekolah rendahnya pula, dia hanya akan makan sandwic yang berisi kerepek yang telah dibekalkan oleh ibunya ketika rehat.

Ppm 9
Gambar sekadar hiasan

Pada waktu pagi, dia akan makan bijirin kering. Rupa-rupanya, baru-baru ini baru lah Zoe tahu bahawa dia menghidapi masalah Multiple Sclerosis (MS) yang memberi kesan terhadap otak dan sarafnya.

Jadi, dia mula mahu untuk meningkatkan tahap kesihatannya. Zoe pun mula menjalani rawatan hypnoterapi yang boleh membantu masalah memilih makanan yang dihadapinya.

Setelah itu, dia mula berani untuk mencuba makanan lain dan dia terkejut apabila rasai keenakan buah strawberi dan sotong pedas.

Dia juga mahu perlahan-lahan mencuba makanan lain seperti kari.

Wanita ini juga dilaporkan menghidapi masalah atau disorder Avoidant/restrictive food intake disorder (ARFID) di mana dia fobia dengan makanan sehingga menyebabkan diri seseorang itu hanya makan makanan yang sama untuk sesuatu tempoh.

So, Zoe ni bukan saja-saja jadi picky eater tau sebab dia memang ada masalah dengan makanan. 

Sumber: NDTV

Baca: “Rendang landak?”- 5 Rendang ‘Rare’ Yang Korang Boleh Cuba Raya Ini!

Ppm7

Sumber: NDTV
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.