in

“Sebelum cucuh rokok tu, tak tengok kiri kanan ke? Anak aku betul-betul sebelah kau…”

Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda merupakan seorang perokok, janganlah terlalu pentingkan diri dan tidak mengambil peduli tentang keselesaan orang lain. Terutamanya jika anda merokok di tempat awam yang dipenuhi masyarakat daripada pelbagai lapisan umur.


Baru-baru ini tular di Facebook, di mana seorang lelaki meluahkan rasa kesal kerana anak kecilnya telah menghidu asap rokok di tempat awam yang sememangnya memberi kesan buruk. Menurutnya,

Selfie ini sebagai PERINGATAN bagi semua PEROKOK-PEROKOK BANGA*G di luar sana supaya mengurangkan kebanga*gan kalian di masa akan datang”

Rokok 2
sumber: facebook

Ketika kejadian yang berlaku Isnin lalu, Syapik Hassan dan anak-anaknya sedang makan tengah hari di sebuah kedai makan di Pandan Jaya, Ampang. Menurutnya, terdapat dua individu yang turut berada di meja bersebelahan mereka dan salah seorang daripadanya sedang menghisap rokok.

Dulu aku merokok jugak tapi dah 4 tahun lebih berhenti, tapi kalau aku nak cucuh rokok, aku tak bod*h macam brader dalam gambar ni”

Melalui gambar itu, jelas kelihatan seorang lelaki berbaju merah jambu sedang menghisap rokok sambil ditemani seorang wanita.

Hallo brader bajet aca-acah suwit baju sedondon kaler pink tapi makan kedai tepi jalan ajet romantik giteww”

Ni aku nak tanya ni, sebelum cucuh rokok tu, tak tengok kiri kanan ke? Anak aku yang umur belum sampai setahun tu duduk dalam kerusi budak betul-betul SEBELAH kau”

Jarak tak sampai 2 kaki dari kau, tak nampak ke? Ke kau nak makan kaki aku dulu baru kau nampak”

Tambahnya, anaknya itu hanya duduk tidak kurang dua kaki dengan lelaki berkenaan. Tetapi lelaki itu dengan selamba sahaja menghisap rokok!  Selepas melihat tingkah laku lelaki berkenaan, dia terus mengambil anak kecilnya untuk duduk di atas pangkuannya. Namun begitu, asap rokok tersebut masih boleh dihidu.

Rokok 1
sumber: facebook

Nasib baik dah habis makan, cepat-cepat bayar then cepat blah”

Melalui entri itu, Syapik turut sempat berpesan,

“Nak merokok, terpulang kat kau lah. Aku tak larang. Tapi pergi jauh sana, kiri kanan kedai tutup, duduk lah kat kerusi kedai yang tutup tu.”

“Tak boleh tinggal awek sekejap ke? Awek kau pun sama banga*g 2X5. Tak ada lah nak suruh pakwe dia hisap rokok jauh sikit ke apa ke.”

Nak merokok ni memang hak masing-masing. Tapi perlulah juga fikir orang yang ada di sekeliling. Kot-kot lah ada yang asthma ke? Macam mana?

Baca: “Maafkan papa, kalau papa tak berzina anak papa mesti hidup lama…”

People 2566201 340

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.