in

“Sebak rasa jumpa Datin Marina Mahathir”- Ebit Lew

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ustaz Ebit Lew yang semakin disegani masyarakat dan semakin viral di laman-laman sosial telah bertemu dengan Datin Marina Mahathir iaitu anak kepada Perdana Menteri kita di sebuah majlis, semalam.


Menyampaikan dakwah secara lembut dan disukai orang ramai

Ustaz yang terkenal dengan perbuatan, kata-kata dan ceramah yang disampaikan dengan begitu lembut dan mudah diterima oleh orang ramai. Ustaz ini juga bukan jenis yang suka menghentam terhadap kesalahan orang lain.

Ust Ebit Lew
Sumber: lunastory

Sebelum ini, viral dengan videonya bertemu dengan beberapa orang makyah dan pondan untuk memberi bimbingan secara lebih dekat. Video tersebut telah mendapat banyak perhatian dari netizen. Wah hebatkan juga ustaz ni?

Bantu golongan maknyah dan pondan dari tekanan hidup

Kali ini, Ustaz Ebit Lew telah bertemu secara empat mata dengan Datin Marina Mahathir yang dikatakan seorang pembela LGBT di media sosial dan sering dikecam oleh netizen. Di dalam pertemuan tersebut, mereka membincangkan tentang usaha Ustaz Ebit Lew membimbing dan membantu maknyah untuk keluar dari tekanan hidup dengan cara menyebarkan dakwah secara dekat dan lembut.

40534942 1840740129377595 5923211366671319040 N
Sumber: Facebook

Dalam laman sosial Ustaz Ebit Lew yang dibuat naik semalam, saya tertarik dengan satu ayat ini, “Halal itu jelas. Haram itu jelas. Dan usaha memujuk rayu manusia dengan kasih sayang dekat dengan Allah itulah kerja Nabi saw..itulah usaha kita sebagai insan..”

Datuk Marina turut mengucapkan tahniah kepada Ustaz Ebit Lew atas usaha ikhlasnya menyelamatkan ramai orang yang tinggal di tepi-tepi jalan dan memberikan mereka tempat tinggal yang selamat dan selesa.

Image 1
Sumber: Sinar Harian

Bagus betul Ustaz Ebit Lew ni, harap segala usaha beliau dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Amin !

Baca: Tahan Malu, Sebak Umumkan Suami Dah Lari

Jahatkauni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.