in

Tahan Malu, Sebak Umumkan Suami Dah Lari

Jahatkauni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Tahan Malu, Sebak Umumkan Suami Dah Lari
Loading
/

Hari perkahwinan sepatutnya jadi hari yang paling menggembirakan untuk pasangan pengantin. Tapi kegembiraan seorang pengantin perempuan ni berkecai bila dia terpaksa mengumumkan something yang sangat menyedihkan kat majlis tersebut.


Menurut WORLD OF BUZZ, netizen Thailand terkejut dengan satu video yang tersebar di media sosial menunjukkan pengantin perempuan bernama Phakin terpaksa mengumumkan kepada semua tetamu yang pasangannya hilang entah ke mana di hari perkahwinan dorang.

Bride Files Police Report Against Groom After She Announces His Disappearance On Wedding Day World Of Buzz 2
sumber: facebook

Phakin yang berumur 20 tahun sepatutnya berkahwin dengan lelaki berusia 24 tahun dikenali sebagai Jutathip pada hari tu. Tapi bila sampai hari perkahwinan, batang hidung pun tak nampak.

Lebih teruk lagi, Jutathip khabarnya ada kekasih lain. Tapi apa yang mengejutkan, Phakin tahu pasal hal ni tapi masih berdegil nak teruskan majlis dan sudi berkahwin dengan Jutathip.

Majlis perkahwinan dorang sepatutnya berlangsung pada hari Ahad 22 Julai. Pun begitu, lelaki ni tiba-tiba hantar mesej pada hari Jumaat 20 Julai yang dia tak mampu nak sediakan wang hantaran sebanyak 200,000 Baht (bersamaan RM24,300) dan perhiasan emas bernilai 200,000 Baht.

37554834 578022265932492 202923456545685504 N
sumber: facebook

Hari Sabtu tu saudara pengantin perempuan tawarkan 140,000 Baht (RM17,000) kat Jutathip untuk tolong dia bayar duit hantaran. Tapi lepas tu seharian Jutathip hilang. Nasib baiklah malam tu jumpa dan Jutathip yakinkan keluarga Phakin yang dia akan hadir ke majlis perkahwinan dorang esok hari.

Ternyata Jutathip menipu sebab dia langsung tak tunjukkan muka pada hari Ahad tu. Keluarga Phakin malu besar dan terdesak sangat nak selamatkan air muka sampai dorang merayu supaya bapa saudara Phakin menyamar jadi pengantin lelaki. Bapa saudara Phakin ambil kesempatan dengan hal ni dan mintak 1 milion Baht (bersamaan RM121,600).

Bride Files Police Report Against Groom After She Announces His Disappearance On Wedding Day World Of Buzz 3
sumber: facebook

Tapi Phakin yang dah patah hati memutuskan untuk beritahu perkara sebenar pada semua tetamu. Jadi Phakin naik pentas dan umumkan pada semua yang pengantin lelaki tak hadir pada hari tersebut.

“Saya nak berterima kasih kepada semua tetamu atas sokongan anda. Saya dah jalankan tanggungjawab sebagai seorang pengantin sebaik mungkin hari ni. Saya betul-betul tak jangka situasi ni akan berlaku hari ni.”

37629808 578022222599163 7912284852584448000 N
sumber: facebook

Phakin kemudiannya buat laporan polis terhadap Jutathip. Menurut sepupu Phakin, 1000 kad undangan dah diedarkan dan 170 meja banquet dah diaturkan untuk perkahwinan tu. Tapi menurut pakcik Jutathip, Phakin tak cintakan anak saudaranya dan hanya paksa lelaki tu kahwin dengan dia. Pulak!

Apa yang jadi sebenarnya ni? Korang rasa siapa yang betul?

Walaupun admin tak faham, tapi lihatlah bunyi sebak dia buat pengumuman tu:

Sumber: Facebook

Baca: Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal

Laahai 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.