in

“Sebab tu melambak orang boleh jadi pengasas produk” – Tweet Ini Bongkar Betapa Mudahnya Mohon Kelulusan KKM

Tipu Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejayaan beberapa pengasas produk kecantikan seperti Dato’ Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat telah membuka mata banyak pihak untuk menceburi dalam bidang perniagaan ini. Disebabkan tidak mempunyai pengalaman mengenai pemprosesan produk atau bahan mentah yang diperlukan, kebanyakan pengasas produk mengambil jalan mudah yang menimbulkan tanda tanya kepada pengguna.


Melalui tweet yang dikongsikan sebuah portal popular, ia telah mendedahkan betapa mudahnya pengasas produk kecantikan ini memperoleh kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walaupun mereka sebenarnya tidak mempunyai kilang sendiri seperti yang digembar-gemburkan.

Produk 1
sumber: twitter

Menurut tweet tersebut, pengasas yang tidak mampu menjawab soalan tentang di mana kilang mereka berada itu berkemungkinan tidak mempunyai kilang langsung. Malah boleh jadi juga produk tersebut adalah daripada OEM ataupun telah dijenamakan semula. Namun tidak semualah produk tempatan seperti itu dan masih ada yang mendapat status Good Manufacturing Practice (GMP) seperti V’Asia.

Walau bagaimanapun, tahukah anda tidak semua produk yang mendapat ‘Nombor Notifikasi KKM’ telah dianalisa oleh makmal KKM? Malah cara mendapatkan Nombor Notifikasi KKM ini juga katanya sangat mudah!

Produk 2
sumber: twitter
Produk 3
sumber: twitter

Oh senang sangatlah kalau macam ini aje caranya! 

Oleh sebab itulah ada yang pelik. Produk yang mempunyai nombor notifikasi daripada KKM pun KKM keluarkan laporan yang mengatakan ia mengandungi bahan terlarang dan merbahaya. Malah menurut perkongsian itu lagi, KKM hanya akan membuat analisa kepada produk yang mendapat aduan ramai kerana memberi kesan buruk kepada pengguna.

Produk 4
sumber: twitter

Tambah tweet tersebut, sekarang sesiapa sahaja boleh jadi pengasas produk. Modal yang diperlukan hanya serendah RM1,000 ke RM3,000. Yang paling penting kena pandai buat aktiviti pemasaran.

Produk 5
sumber: twitter

Jangankan kerana produk tersebut dikeluarkan oleh instafemes atau artis terkenal, kita percaya bulat-bulat dan tidak menyiasat kesahihan di sebalik pembuatan produk tersebut. Periksalah dulu di mana kilangnya dan daripada apa ia diperbuat. Takut-takut ia beri kesan luaran atau dalaman badan kita sendiri.

Lebih baik beli produk mahal sikit dan berasal daripada jenama yang diketahui ramai. Kurang risiko ditipu atau ditimpa perkara yang tidak diingini. 

Baca: “Sape percaya produk dia memang bod**, dah sah korang kena tipu…” – Instafemes Tipu Orang Ramai? 

Sya Aina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.