in

Sean Diddy Dituduh Terlibat Kes Pemerdagangan Seks, Penderaan Seksual & Rogol, Ini Apa Yang Berlaku…

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa pertuduhan serangan seksual telah dibuat terhadap Sean “Diddy” Combs, iaitu salah seorang pemuzik paling berjaya dalam sejarah rap.


Empat wanita termasuk bekas kekasihnya Casandra “Cassie” Ventura telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap pemuzik ini dengan menuduh dia telah melakukan penderaan seksual dan fizikal.

Seorang produser, Rodney “Lil Rod” Jones turut memfailkan tuduhan yang sama pada Februari lalu mengatakan bahawa Diddy telah menderanya selama setahun ketika dia tinggal di rumah lelaki tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Disember lalu, Diddy telah membela dirinya dengan mengatakan bahawa tuduhan-tuduhan ke atasnya itu adalah jijik dan tak benar serta turut mendakwa mereka semua hanya mencari duit. Selain itu, dia turut mengatakan yang dia akan lawan kes ini dan bersihkan namanya.

Saya nak jelaskan: Saya tak buat semua benda-benda terkutuk yang disebutkan.”

Pun begitu, beberapa hari lepas, ejen persekutuan telah menyerbu dua rumah yang dimiliki oleh Diddy sebagai sebahagian daripada penyiasatan pemerdagangan seks.

Tapi, peguam yang mewakili Diddy mengatakan tindakan tersebut tak pernah dilakukan sebelum ini dan turut membazirkan kuasa tentera secara berlebihan.

Diddy yang turut pernah menggunakan nama pentas seperti Puffy, Puff Daddy, P Diddly, Love and Brother Love ini merupakan orang yang telah memberikan sumbangan besar dalam industri hip-hop pada 1990-an.

Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dan tuduhan yang dibuat ke atasnya, baca lebih lanjut dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: Muzik Video Terbaru Lil Nas X Didakwa Ada Kaitan Dengan Illuminati, Ada Yang Kata ‘Rapper’ Ini Pemuja Syaitan?

Artikel berkaitan: Kasut Syaitan: Dijual Rapper Amerika & Mengandungi Darah Manusia, Habis Terjual 666 Pasang Tak Sampai Seminit!

2005-2018: Hubungan dengan Cassie Ventura

Cassie 024Acd5Ec5Fa4Dd383F0E85A7C8249D8

Pada tahun 2005, penyanyi berusia 20 tahun, Casandra Elizabeth Ventura telah mendapat populariti kecil di kelab-kelab malam di Jerman dengan single yang bertajuk Me & U.

Selepas mendengar lagu tersebut ketika di kelab malam, Diddy telah meyakinkan Cassie untuk masuk di bawah syarikat rakamannya Bad Boy Records untuk mengeluarkan 10 album.

Debut Cassie yang dikeluarkan pada tahun 2008 telah mendapat sambutan yang baik oleh Diddy dan ketika itu juga, Diddy dan Cassie mula menjalinkan hubungan.

Namun, dalam satu tuntutan sivil yang difailkan pada Disember 2023, Cassie mengatakan bekas teman lelakinya itu telah menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk membuatkan dia menjalinkan hubungan cinta dengan rapper tersebut.

Tuduhan yang dibuat ke atas Diddy turut melibatkan beberapa penerangan grafik tentang penderaan ganas yang pernah diterimanya. Termasuklah selalu pukul dan sepak Cassie sehingga matanya lebam, bertanda dan berdarah.

Selain itu, Cassie turut mendakwa bahawa dia telah didera secara seksual dan dirogol oleh Diddy sambil disaksikan pengikut-pengikut setia lelaki tersebut tapi mereka tak buat apa-apa untuk hentikan keganasan tersebut.

Diddy bagaimanapun telah menafikan tuduhan tersebut dan menuduh Cassie sengaja mahu mengugutnya. Mereka telah menyelesaikan kes tersebut sehari selepas ia difailkan di New York namun peguam Diddy mengatakan bayaran yang dibuat itu bukan bermaksud Diddy bersalah.

2019: Dakwaan Gina Huynh didera

77932225 12762211 Image A 6 1700232269352

Dakwaan penderaan pertama yang timbul ke atas Diddy datang dari bekas teman wanitanya iaitu seorang model, Gina Huynh.

Pada ketika itu, Huynh berkongsi melalui temubual bersama personaliti YouTube Tasha K dengan mengatakan bahawa Diddy telah menderanya secara fizikal serta memberikan duit untuk menggugurkan kehamilan ketika dia bersama dengan rapper tersebut selama lima tahun.

Malah, Huynh mendakwa, Diddy pernah memijak perutnya dengan kuat sehingga dia sukar untuk bernafas.

Diddy bagaimanapun tidak memberikan apa-apa respon terhadap tuduhan tersebut.

November 2023: Tiga tuduhan ke atas Diddy dalam masa seminggu

Joidickersonneal 1024X576 1

Pada minggu yang sama Cassie memfailkan pertuduhan ke atas Diddy, dua lagi wanita telah tampil dengan dakwaan penderaan dan serangan ke atas mereka.

Dalam satu aduan yang dibuat di Manhattan, Joi Dickerson-Neal menuduh Diddy telah memberikan dia dadah dan membuat serangan seksual ke atasnya ketika dia menjadi pelajar kolej pada 1991. Joi turut mendakwa serangan tersebut turut dirakam dan disebarkan tanpa kebenaran darinya.

Wanita ketiga merupakan Liza Gardner. Dia menuduh Diddy telah memaksa dia untuk melakukan seks pada awal 1990-an dan beberapa hari kemudian mencekik wanita tersebut dengan sangat kuat sehingga tak sedarkan diri.

Tuduhan ini dibuat tak lama sebelum Akta Penyelamat Dewasa New York ditamatkan. Di mana akta tersebut membenarkan orang-orang yang pernah menerima serangan seksual untuk failkan tuduhan walaupun selepas statut had tamat tempoh.

Diddy telah menafikan kesemua tuduhan tersebut.

Disember 2023: Tuduhan seks bawah umur

Sean Diddy Combs 120623 3F4De039Dcbf479B954E9161D5Fb35D7

Wanita keempat kemudiannya telah memfailkan saman mendakwa bahawa dia merupakan mangsa pemerdagangan seks dan rogol berkumpulan oleh Diddy dan seorang lagi lelaki lain pada tahun 2003 ketika dia berusia 17 tahun.

Menurut kertas dari mahkamah, wanita tersebut mendakwa yang dia telah diberikan dadah dan alkohol dalam jumlah yang banyak sebelum serangan tersebut berlaku dan ditinggalkan dalam kesakitan yang dahsyat sehingga tak boleh bangun atau ingat macam mana dia boleh sampai ke rumah.

Diddy memberikan respon ke atas tuduhan ini dengan mengatakan yang dia tak buat semua kesalahan yang didakwa sementara peguamnya mengatakan ia tuduhan yang jijik, palsu dan cubaan untuk mendapatkan wang.

Hakim kes ini kemudiannya membuat keputusan mengatakan, wanita yang memfailkan tuduhan tersebut sepatutnya menggunakan nama sebenar sekiranya dia mahu. meneruskan kes tersebut.

Pada 6 Disember, Diddy telah memuat naik satu kenyataan di Instagram mengatakan:

CUKUP CUKUPLAH. Sejak dua minggu lalu, saya telah duduk dalam diam sambil menyaksikan orang yang cuba membunuh karakter saya, musnahkan reputasi dan legasi saya.

“Tuduhan menjijikkan telah dibuat ke atas saya oleh individu-individu yang cuba untuk mendapatkan duit dengan mudah. Biar saya jelaskan: Saya tak buat semua perkara yang didakwa. Saya akan lawan untuk nama saya, nama keluarga saya dan untuk kebenaran.”

Februari 2024: Tuduhan pengantunan

Screen Shot 2024 03 03 At 8.36.33 Pm 444X620 1

Produser Muzik, Rodney Jones Jr (Lil Rod), yang telah mengeluarkan sebanyak enam lagu dalam album The Love, telah menyaman Diddy pada Februari 2024. Dia telah menuduh lelaki itu telah membuat beberapa sentuhan seksual yang tak diingini dan memaksanya untuk mengupah pelacur bagi melakukan seks bersama mereka.

Dalam kertas mahkamah yang difailkan di New York,  Lil Rod turut mendakwa Diddy telah cuba mengantunnya untuk melakukan seks dengan lelaki lain dengan memberitahu bahawa ia merupakan amalan normal dalam industri muzik.

Peguam Diddy, Shawn Holley memanggil producer tersebut sebagai penipu dan mengatakan dakwaan tersebut merupakan fiksyen dan boleh dinafikan dengan bukti yang banyak dan tak boleh disangkal.

Mac 2024: Rumah Diddy diserbu

240325175143 Diddy Raid

Sebulan kemudian, agen persekutuan telah menyerbu dua rumah yang dimiliki oleh Diddy yang terletak di Los Angeles dan Miami. Komputer dan peranti lain telah dirampas.

Diddy juga turut dihentikan di lapangan terbang Miami ketika dia sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Bahamas. Dia dikatakan telah diminta untuk memberikan beberapa peranti elektronik yang ada bersamanya namun tidak ditahan.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengatakan, serbuan tersebut adalah sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Selain itu, sumber memberitahu NBC bahawa tiga wanita dan seorang lelaki telah disoal siasat oleh pendakwa raya tentang tuduhan pemerdagangan seks, serangan seksual, penglibatan dan pengedaran dadah dan senjata api yang didakwa melibatkan Diddy.

Sumber: BBC, E News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.