in

Muzik Video Terbaru Lil Nas X Didakwa Ada Kaitan Dengan Illuminati, Ada Yang Kata ‘Rapper’ Ini Pemuja Syaitan?

Cats 25

Kalau cakap bab Illuminati mesti ramai yang tertarik sebab ada banyak kontroversi yang dikaitkan dengan ramai artis dan katanya ada kaitan dengan ‘agenda’ dunia.

Kali ini, seorang artis yang pernah memegang rekod lagu paling lama bertahan di takhta nombor satu carta lagu paling popular di dunia iaitu Lil Nas X telah dikaitkan dengan kontroversi Illuminati bila klip muzik video lagu terbaru dia yang bertajuk Montero (Call Me By Your Name) ada unsur-unsur pemujaan syaitan.

Betul ke?

Lil Nas X 2020 Tom Ford Fashion Show Billboard 1548 1617122482 Compressed

Menerusi muzik video selama tiga minit itu, dia dilihat membuat aksi yang tidak dijangka ramai di mana dia menari tiang, berpakaian seperti wanita, dan juga duduk di atas riba entiti yang menyerupai syaitan. Bukan itu sahaja, dalam video itu juga ada banyak lambang-lambang yang ada kaitan dengan Illuminati tau.

So, sebab tu la ramai yang tertanya-tanya Lil Nas X ni pengikut Illuminati ke?

Lilnasxmontero

Lil Nas X atau nama sebenarnya Montero Lamar Hill itu dikatakan mengikut jejak langkah artis popular lain seperti Beyonce, Lady Gaga, Rihanna dan Katy Perry untuk cepat jadi ‘famous’. Entah betul entah tidak, wallahualam.

 

Gaduh dengan gabenor

Lil Nas X ketika temu bual bersama Time Magazine berkata dia memang sengaja nak jadikan video muzik terbaru bersifat ‘liar’ so penonton akan ada benda untuk diperdebatkan. Wah, boleh eh macam tu.

Sebelum ini, ada sorang Gabenor South Dakota iaitu Kristi Noem yang mempersoalan mengenai sepasang kasut yang dipakai oleh Lil Nas X di dalam muzik video dia tersebut. Kasut yang baru dilancarkan oleh Lil Nas X itu pada penghujung Mac lalu menjadi bualan netizen bila kasut tersebut dipanggil sebagai kasut ‘satanic’ kerana mengandungi darah manusia pada kasut tersebut.

41062020 0 Image A 50 1616991462165

Gabenor tersebut sebelum ini ada memuatnaik satu tweet.

” Anak-anak-kita diberitahu yang produk ini bukan sahaja okey tetapi eksklusif. Tetapi apa yang lebih eksklusif adalah jiwa nurani permberian Tuhan.”

Lil Nas X membalas tweet dari gabenor tersebut dengan mengatakan yang gabenor itu perlu buat kerja dia sahaja dan tak perlu buang masa tweet pasal sepasang kasut.

Kita pun tak tahu betul ke tidak Lil Nas X ni puja syaitan atau hanya sekadar video muzik. Wallahualam.

 

Sumber: Kosmo

Baca: Kasut Syaitan: Dijual Rapper Amerika & Mengandungi Darah Manusia, Habis Terjual 666 Pasang Tak Sampai Seminit!

Capture 25

Sumber: Billboard
Sumber: Out
Sumber: Daily Mail