in

Kasut Syaitan: Dijual Rapper Amerika & Mengandungi Darah Manusia, Habis Terjual 666 Pasang Tak Sampai Seminit!

Pada hujung minggu lepas, kasut custom yang dihasilkan bertemakan syaitan dan diberi nama Satan Shoes (Kasut Syaitan) telah dilancarkan oleh jenama MSCHF.

Kasut berkenaan adalah kerjasama jenama berkenaan dengan penyanyi rap Lil Nas X dari Amerika dan dihasilkan sempena dengan pelancaran video muziknya bertajuk Montero (Call Me By Your Name).

 

Ada titisan darah manusia!

Sejak pelancarannya, Lil Nas X mencetus kontroversi bukan sahaja kerana mencipta kasut bertemakan syaitan tetapi juga kerana ia mengandungi titisan darah manusia yang bercampur dengan cat berwarna merah.

Bukan itu saja, menurut laporan, kasut yang direka dalam warna merah dan hitam itu juga mempunyai lambang pentagram yang sering kali dikaitkan dengan pemujaan makhluk sesat syaitan. Menurut Pengarah Kreatif MSCHF, Kevin Wiesner,

Kasut ini dijual dengan harga $1,018 (RM4,200) sepasang, mengikut muka surat dalam kitab Bible, 10:18 yang berbunyi, ‘saya melihat syaitan jatuh dari syurga’. Terdapat setitis darah manusia di dalamnya.”

 

Tak sampai seminit, habis 666 pasang!

Hanya dalam tempoh waktu kurang seminit selepas dilancarkan, 666 pasang kasut edisi terhad yang dikeluarkan habis terjual. Perkara itu diumumkan MSCHF yang turut memaklumkan Lil Nas X sendiri memiliki edisi pertama kasut terbabit.

Lil Nas X juga dikatakan telah menerima kecaman hebat daripada segelintir pihak kerana hal itu, penyanyi rap berkenaan bagaimanapun tetap berbangga kerana berjaya menghasilkan Kasut Syaitan tersebut.

 

Nike fail saman!

Kasut tersebut dihasilkan menggunakan model Nike Air Max 97 dan selepas kontroversi itu tersebar luas, pihak Nike mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Kasut Syaitan itu adalah kolaborasi bersama dengan MSCHF.

Bukan itu saja, Nike turut memfailkan saman ke atas syarikat MSCHF itu kerana mengeluarkan rekaan kasut kontroversi itu yang didakwa melanggar cap dagangan, lapor Kosmo.

Melalui tuntutan saman itu, Nike berkata pelancaran kasut berkenaan tidak pernah mendapat kelulusan atau keizinan daripada pihak mereka.

Rekaan Satan Shoes akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna serta mewujudkan persepsi yang salah, yang kononnya Nike dan produk MSCHF adalah berkaitan.”

Malahan, setelah dilancarkan, sudah pun terdapat kekeliruan apabila ada pengguna yang ingin memboikot Nike kerana meluluskan dan memberi keizinan untuk mengeluarkan rekaan tersebut.”

Baca: Berus Gigi Jari & Seluar Napkin Antara 11 Ciptaan Pelik Tapi Berguna Di Jepun

Sumber: Hypebeast