in

“Sayangnya kepada frontliners”-[VIDEO] Tiada Tangan Bukan Halangan! Wanita Jahit Baju PPE Guna Kaki

FEAT 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam dalam sidang media harian perkembangan terkini Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Noor Hisham ada memaklumkan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) hanya boleh bertahan kira-kira sebulan lagi.

Tekad membantu petugas barisan hadapan, wanita Orang Kelainan Upaya (OKU), Norfarrah Syahirah Shaari turut serta menyediakan PPE bagi frontliners negara.


Farrah,32 tahun yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan menjadi perhatian selepas netizen terharu dengan usaha wanita itu menjahit PPE bukan dengan tangan sebaliknya menggunakan kakinya.

 

“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki.. Ok saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri..”

https://www.facebook.com/NorfarrahSyahirah/posts/3051633901555118

Difahamkan PPE tersebut adalah bagi petugas barisan hadapan Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan dan ia merupakan projek CSR yang dilakukan bersama beberapa lagi tukang jahit kolej komuniti yang tinggal di sekitar kolej tersebut.

Respectlah!

https://www.facebook.com/NorfarrahSyahirah/posts/3047741368611038

 

Terima kasih Farrah dan kawan-kawan!

Baca : “Memang vogue frontliners kalau macam ni” ; Gaun PPE Dari Jovian Mandagie Cantik Sangat Sampai Boleh Buat Baju Raya!

12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.